Cerita yang mengisahkan seorang budak lelaki yang sering mendapat gangguan jin. Beliau mendapat gangguan yang sebegini semasa usianya 10 tahun, darjah 4. Gangguan ini terjadi setelah dirinya terjaga dari tidur, dilihatnya seorang wanita bertenggek sambil tersenyum diatas jendela biliknya.Kedudukan jendela tersebut berada sebelah bahu kirinya. Raut wajah wanita kelihatan agak tua, kurus, berkain batik dan berbaju usang.
“Ya Allah, siapa dia ni? Hah!!!!”........ terus mendapatkan ibunya yang sedang duduk ditangga. “umi.... umi..... Aiman tengok orang tua atas jendela, takut umi.....” katanya dengan nada ketakutan. “Itu lah kamu, tidur sampai ke petang.... tu jadi cm tu” balas umi dengan nada nasihat. Tanpa banyak bicara, Aiman mengambil wuduk dan tunaikan solat Asar.
Malam yang sunyi... hanya kedengaran suara anjing menyalak panjang. Panjang salakan anjing membuatkan hati Aiman terasa berdebar-debar, mata ditutup, tapi tidak lena seperti abangnya yang sedang tidur dibuai mimpi.
“Aiman...... syaitan... itu adalah musuh yang nyata...... dan mustahil musuh sepertinya menjadi sahabat baik buat kita.......
Dan firman Allah Lagi didalam surah Al-An'am ayat 142, mafhumnya;"Diantara haiwan-haiwan ternak (yang dijadikan-Nya) pemikul beban dan untuk disembelih. Makanlah sebagai rezeki yang dianugerahkan Allah kepada mu dan janganlah kamu turut (mengikuti) langkah-langkan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata"..
Aiman, jika kamu takut.... amalkan bacaan 3 Kul, ayat kursi.... baca sebelum tidur.... insyallah.... dibawah penjagaan Allah SWT”, inilah pesanan nenek buat cucunya.
Bismilahirahmanirahim....... dibacakan ayat suci Al-Quran kerana Allah. Aiman tidur dengan hati yang tenang....... jiwa yang lapang......
Sekian.... kisah Aiman x kisah....
Tiada ulasan :
Catat Ulasan