Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 17 Januari 2011

Meninggal Tinggal Nama

Mati Tidak Mengenal Usia………….
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.(Ali Imran ayat 180)

KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon Faizal Yusuf, 33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves di sini, semalam.

Bapa saudara kepada pelakon itu, Mohd Aris Abd Rahman, berkata sebelum dikebumikan jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau At-Taqwa, Sentul Utama di sini, kira-kira jam 10 pagi.


“Saya antara yang paling rapat dengan Allahyarham, malah tidak tahu Faizal menghidap penyakit jantung kerana selama ini dia tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai penyakitnya.
“Kali terakhir saya bertemu arwah pada Aidiladha lalu dan seperti biasa dia bergurau senda dengan ahli keluarganya tanpa menunjukkan sebarang perubahan luar biasa,” katanya di sini, semalam.

Allahyarham mengadu sakit dada sekitar jam 9 pagi kelmarin, sebelum rebah di tandas rumahnya di Sentul dengan mulut berbuih dan disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada jam 1.45 tengah hari.

Allahyarham yang popular menerusi drama bersiri, Adamaya, Manjalara dan Tiramisu, meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang hamil lima bulan serta seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana.Turut memberi penghormatan terakhir ialah Nana dan artis seperti Corrie Lee, Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Kartina Aziz, Deen Maidin dan Aida Khalida.
Sumber: Berita Harian / Isnin / 17.1.2010

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...