Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 24 Januari 2011

Couple "yank"


Hujung minggu adalah hari yang seronok bagi sebilangan besar penjawat awam sepertiku. Masa untuk rehat dihujung minggu menyebabkan aku mengembara merantau pelusuk bumi Serdang. 

Destinasi pertamaku ialah berada di pusat membeli belah iaitu di The Mines. Membeli belah oh tidak, tidak, kerana duit hanya ada untuk cukup makan, melainkan ada orang sudi blanja  aku, pasti aku dahulukan.

Tujuan dan matlamatku menuju ke tempat sebegitu adalah semata-mata kerana minatku dalam mengkritik dunia percintaan muda- mudi. Kadang-kadang aku pergi baca buku percuma  di kedai buku. 

Lokasi tempat berkumpul manusia bercinta  ialah di tasik The Mines.Melihat ramai yang berpimpin tangan, berpelukan, bermanja-manjaan, dan pelbagai lagi.

Akhirnya, jumpa gan pasangan yang santai duduk sambil kaki meluruskan ke depan. Di tangan pasangan lelaki tu tergengam telefon bimbit jenama Nokia, dipasangnya lagu jiwang karat, volume pada tahap semaksimumnya

"peeeeegghhh kuat lagu dipasang", kata aku.

Rupanya lagu Wali Band yang bertajuk “yank”. Irama dan Lagu dimainkan:

“Yang Coba Kau Jujur Padaku,

Yang foto Siapa Di Dompetmu,
Yang Kok Kamu Diam Begitu,
Sayang Jawab Atau aku Pergi Sayang......”

Maka kategori pasangan ni ialah kumpulan “yank”. 'Jiwang Leleh'

3 ulasan :

KasutKaripap berkata...

hampeh! hahahhaha.....nak dating kt karoke duit takdok...pasang lagu lam henpon je la mampu...kui3

AKU berkata...

hahahahahahahahahahahaha..... tp tiap2 ari kot mreka pg dating... heran gua... xmakan ke???? hahaha

AKU berkata...

entah2 kasut karipap salah seorang pserta yank... hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...