31 Mac 2011, Khamis, balik kampung sampai hari khamis. Teramat gembira bertemu mata dengan umi dan abah serta adik-adik. Pagi khamis yang cukup indah, tepat pada pukul 10.00 pagi, telefon bimbit bergetar, rupanya pesanan ringkas (SMS) telah di hantar. Mesej dihantar oleh ibu saudara.
Mesej dibaca, “Nor… bantu mek kutip pok getoh di kebun”.
Mesej dibaca, “Nor… bantu mek kutip pok getoh di kebun”.
Aku dengan berpakaian serba ringkas, menuju ke kebun getah yang luas terbentang. Begitu lama aku meninggal kerja ini, terasa sakit tulang belakang. Berekar-ekar keluasan kebun, ulat bulu, pacat, nyamuk, ular semua aku redah, dengan waspada. Ulat bulu yang paling ditakuti. Seram. geli.
Bagi memperkuatkan moral dan semangat, tercerna satu falsafah yang dapat aku nukilkan, “bau getah, bau duit, semakin busuk, semakin banyak harta melimpah”. Rezeki Allah semuanya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan