Geng Warung Pak Jabit

Sabtu, 30 Julai 2011

Debaran seorang pengantin

Minggu lalu, aku menghadiri  majlis akad nikah seorang kawan.  Majlis akad nikah diadakan di rumahnya. Kehadiran jemputan yang ramai, duduk bersila mengelilingi kadi dan pasangan pengantin.  Pengantin lelaki bersila di atas bantal bagaikan seorang raja. 

Diri memasang telinga bagi mendengar pertanyaan kadi. Kadi bertanyakan tentang sembahyang, belum habis soalan kadi,  pengantin lelaki menjawab "lima ". 

Kadi bertanya lagi, "sebutkan najis ringan?" 

"Kencing bayi yang masih kecil", jawab pengantin lelaki.

Kadi sekadar menganggukkan kepala, mungkin boleh diterima walau hakikat jawapan itu masih belum terperinci

Pertanyaan terakhir kadi "sebutkan najis besar atau najis berat?"

Pengantin lelaki mula menunjukkan rasa gelisah, menjeling ke kiri dan ke kanan, mata mula melihat kipas yang berputar, diri ingin menolong beliau. Jawapannya bukannya sukar.

Aku memberi isyarat supaya pengantin lelaki menjawab soalan tersebut. "Hoi, jawapannya, 'anjing dan babi".


……………………………


……………………………


……………………………


……………………………

Jawapan pengantin lelaki ialah  "TAIK GAJAH". 

Suasana jadi kecoh dengan gelak ketawa. Tidak boleh dikawal. 


"taik gajah? besar betul, nak-nak bila gajah makan durian", kata orang sekeliling.

.

2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

ada lagi besar dari tahi gajah...
tahi gajah tengah ngandung..sebab campur skali ngan tahi anak die dlm perut..gagagagga~

AKU berkata...

hahahaahhaahahhahaahahah.... terbaik aaaahhh karipap!!! hehehehehhehehehehehheeh.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...