Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 11 Julai 2011

Ujian bagi yang Hijrah

Fitrah manusia dijadikan inginkan pujian..... inginkan penghargaan... "dari seorang ayah kepada anaknya, dari seorang suami kepada isterinya, dari isteri kepada suami, dari seorang abg kepada adik-adiknya dan dari seorang sahabat kepada sahabatnya". 
Seorang wanita yang dahulunya jahil kini ingin berubah ke arah yang lebih baik... semata-mata ingin mendapatkan kasih sayang Allah, bukan kasih sayang manusia semata-mata. tapi, dengan perubahan ini, masih banyak mulut-mulut sumbang yang selalu menyindir / memperlekehkan dirinya. "Aku sakit hati....... Aku sakit hati sesiapa menghina dirinya walau mulutku tersenyum". Dia sahabatku.... Dunia dan Akhirat.

1. Adakah salah dahulunya, dia tidak bertudung, akhirnya bertudung?
2. Adakah salah dahulunya, dia berbaju ketat, akhirnya berbaju longgar?
3. Adakah salah dahulunya, dia tidak memakai sarung kaki, akhirnya memakainya?
4. Adakah salah dahulunya, dia jahil tentang agama, akhirnya mengemis untuk mencari ilmu Allah?

"hahahaha.... pakai macam ustazah, pakai je la t-shirt, buat malu je pakai cm ni" kata beliau... "Ya Allah, manusia ni, butanya soal hukum, halal dan haram", inilah lintasan hati.
===============================================
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).
============================================
Balasan tidak menutup Aurat: 

Peristiwa Mi'raj:- 
Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut) 

2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

"wah..panjangnya tudung"
"wah..besarnya tudung awak"
"eh..awak tak rimas ker pakai tudung besar2?"
"eh..dia dah pakai tudung tapi mesti ada lagi gambar2 dia yang free hair kat ********** kan?"

*manusia....keburukan pada manusia lain nampak sahaja dan siap cari lagi..tapi kebaikan?...

AKU berkata...

ya... karipap.... nak cr kburukan org mmg best je.....

asal kebaikan kita buat, nak kutuk je keja nya.....

100000% sokong karipap!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...