Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 20 Julai 2011

"CikGu & AnAk DidiK"

Pagi2, gua masuk office, buka email yang dipost leh member gua… ni critenya… agak panasssss..................

============================================
=================================
Assalamualaikum WBT.

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Selatan tanah air.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid Darjah 3 Raya dan merasa agak pelik apabila terbaca
nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian Ajoi terus bertanya...

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik :     “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik, cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah habis waktu, dari Darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke Darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras dengan wajah Taufik di Darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian, awak ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu apa pulak nama panjang Dian?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah… Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN, cikgu”.

Cikgu Ajoi : @$%&#^%*@!+%$#!!!!!!

Sekian.

3 ulasan :

KasutKaripap berkata...

hahaha....ape laaa...~

zaidah berkata...

hahahha...lawak...

isabella 2 berkata...

mmg nama yang mantap 2 bradik ni... hahahaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...