Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 1 Julai 2011

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya. Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Jadi,…………… fikir-fikirkan… Wassalam…

5 ulasan :

sesumpah berkata...

dalam rancangan imam muda atau ustazah pilihan tu bole cari....ahahahhaa......=p

Sukma Bintara berkata...

ala............ ade je yang solehah dan soleh wlau x cari dlm rancangan tu...... heheheheheh

solehah bagi sukma:- dari jahil berubah berilmu dan baik.... inilah formula solehah dan soleh..

sekian.....

kuba berkata...

tapi yang dari kecik berilmu dan baik smpi sekaran pun solehah jugaa...haaa...

Sukma Bintara berkata...

ya.... sukma tau.. tp... solehah dan soleh kita lihat dr konteks yang luas.....

contohnya: wanita ini pada asalnya tidak bertudung dan berubah menjadi seorang yang menjaga auratnya, dan mencintai ilmu agama... ia juga pada ranking solehah....

mmg x nafikan, ada yang yang telah berilmu dan perangainya baik dari kecilnya.. itu juga solehah dan soleh...

niena pengembara Ilahi berkata...

erm.. nice sharing..moga sy akn jdi isteri yg solehah 1 hari nanti

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...