Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 20 Julai 2011

"Malu disaat mengorat" Biasan Pelangi


WATAK: 
1. Along: Usianya 13 tahun, bertubuh kurus, berkulit hitam manis.
2. Angah: Usianya 8 tahun, bertubuh kurus, berkulit kuning langsat.

=============================================

Suatu ketika, along boleh dikatakan nakal, tapi baik budi pekertinya. Setiap kali ada pergaduhan, dia menjadi ketua untuk membalas kejahatan pembuli jalanan. Tidak dinafikan, sifat keberaniannya mula terserlah setelah selesai menonton cerita Hang Jebat lakonan Noordin Ahmad.

Menjadi rutin, di sebelah petang dan malam, pergi belajar Quran dengan mak saudaranya. Tiap kali membaca Quran di hadapan mak saudara, pasti kena marah,… Angah tergelakkan Along yang kena marah, sampai giliran angah dimaki, along pula gelakkan adiknya. Begitulah kami.

Suatu petang, selesai mempelajari Quran, Along sibuk melihat seorang wanita yang diminatinya.  Tindakannya, memanjat pokok ceri untuk melihat  wanita idamannya dengan lebih jelas tanpa ada suatu pun halangan.

“Along…..along, suzila dah nak kuar pintu……!!! Pegila jumpa dia”, jelas Angah selaku posmen kepada abangnya. 

“Ooooohh, dah kuar… yes…yes…”, jelas kegembiraan along.


Kelihatan wanita idamannya berjalan menghampirinya, 
tiba-tiba............


“Seluar along koyak bahagian belakang!”, laung Angah, yang semestinya tidak pandai menjaga aib abangnya. 

“Hah!! Ye ke…. Aduh, teruk…”, jawapan along disertai wajahnya yang hitam pada asalnya, kini menjadi pucat membiru.

Along berlari, lantas masuk dalam longkang menyembunyikan diri. Akibat terasa malu dengan wanita idamannya. 

Namun, wanita itu tersenyum, dan memberitahu angah “Kirim salam kat along. Bagitau dia, belajar Quran rajin-rajin, nanti kena marah lagi kat mak saudara".

“Baik akak!!!”, jelas angah sambil senyum, merah wajahnya.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...