Destinasi seorang insan akan berakhir setelah kemunculan ajal, namun, adakah aku sedar, saat pengakhiran hidupku. Kancah kehidupan dilalui, direntangi, penat dan letih berakhirnya dengan kegembiraan disulami kejayaan. Adakah aku sedar, ini semuanya ujian. Ujian untuk aku belajar erti pengertian sebuah kehidupan. Begitulah juga hidup ini yang sering bernafas dengan hanya pinjaman nyawa pemberian Allah SWT.
Jika aku mengambil dari pengajaran hidup aku yang bermula dengan keperitan berakhirnya dengan kejayaan, sungguh memberikan suatu ilmu buat diri. Begitulah juga hidup yang berakhirnya dengan petanda berhentinya degupan jantung, denyutan nadi, keluar masuk angin nafas, itulah Mati. Adakah selepas hidup aku bahagia ? bahagia ? Ya atau Tidak ? Jawapan itu ada pada diri sendiri, sering tertanya - tanya.
Jika di dunia, bahagia terkadangnya dapat dirasai oleh diri sendiri, dapat mengukirkan senyuman, dapat bergelak ketawa, bergurau senda, dan sering menangis kerana kesyukuran. Adakah waktu tibanya ajal, aku merasai bahagia ? Di alam barzakh, adakah aku dilayani dengan baik ? siapa teman karibku di alam sana?
Aku semakin buntu, kadang berkecamuk dunia akalku memikirkannya. Soalnya, adakah aku mampu berhadapan dengan Allah, sedangkan diriku, dipenuhi dosa dan keaiban yang tidak tertanggung rasanya. Kadang titik hitam satu tompok menjadikan beribu malah berjuta.
p/s: Penulisan 1.30 pagi, baru dipost.
Gambar Original Sukma / Nikon d90
2 ulasan :
ajal maut ditangan tuhan..kita sebagai hamba kena bersedia bila2 masa sahaja utk ditarik nyawa olehnya..btw nice post..
do follow my blog ye~
t.ksh saudara~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ sy blog anda juga.....
Catat Ulasan