Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 27 Januari 2012

Rumah Lama Tinggal Kenangan

Rumah lama, rumah peninggalan nenek, menyimpan seribu nostalgia dan kenangan termasuklah pahit dan manis.  Tempat kami adik beradik berteduh siang dan malam, daripada hujan, panas, ribut dan taufan. Hujan diluar, hujan juga di dalam akibat atap rumah yang bocor, namun, akhirnya tidur lenadipangkuan umi tercinta. 

Mengingatkan kembali kehidupan yang dilanda kemiskinan, membuatkan diri tersenyum lebar, jiwa sering berlapang dada, SubhanaAllah, Allah mengurniakan rezekiNya. Tidak terjangkau pada akal, kemurahan dan kasih sayang pencipta kepada manusia, bergantung kepada manusia untuk berfikir ataupun tidak.

Hari minggu, waktu pagi, aktiviti mengemas rumah, siram pokok bunga, bersihkan rumput dan daun kering di kawasan halaman, menjemur pakaian dan lain-lain. Waktu itu, adik-adik bermain dan berlari, Hakimi ditangannya memiliki pedang buatannya, iaitu ranting kayu, manakala Taqiuddin memakai topeng superhero sedang bertarung dengan musuh khayalannya, gara-gara terpengaruh dengan rancangan televisyen.

Waktu petang, jika nenek ada dirumah, dipaksa aku dan along menggali parit di belakang rumah dengan menggunakan cangkul berkarat. Kebiasaannya, nenek memberikan upah setelah selesai melaksanakan arahannya, inilah yang membuatkan kami lebih bersemangat dan bertenaga. Soal ikhlas pada usia yang kecil tidak menjadi keutamaan, kerana pemahaman maksud Ikhlas masih belum difahami.

Detik Waktu berlari dengan pantas, ingin rasanya kembali pada usia kecil dan remaja, tetapi, adalah perkara mustahil, hanya kenangan sahaja yang masih kukuh diingatan. 


 Tapak Rumah 









P/S: DSLR Canon

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...