Pertemuan dengan ustaz.
Tazkirah Ringkas:
.......................................................................................................
“Kasih sayang dicerna dari hati yang bersih, akal yang sihat, lisan yang benar, dengan ini, terbentuknya akhlak yang baik… contohilah akhlak Baginda Rasulullah s.a.w… Lihat bagaimana adab baginda bersama isterinya, sahabatnya, umatnya, alam, malah haiwan tidak dikecualikan”. Jelas Ustaz, seorang Pensyarah Maktab Islam.
Antara contoh kisah benar yang boleh dijadikan teladan seperti “Kisah sahabat Rasullullah iaitu Umar dengan rakyatnya”, “Kisah seorang pelacur yang dimasukkan kedalam syurga disebabkan sifat kasih sayang pada seekor anjing yang dalam kehausan” , dan sebagainya.
“Seorang yang cacat (buta, kudung, tempang, dll) tidak boleh dikutuk walaupun makian atau kutukan itu hanyalah lintasan dari hati.. yang tahu/dgr hanyalah Allah Yang bisa mendengar. Kutukan pada mereka seumpama kamu mencemuh kejadian Allah, kerana Dia yang mencipta dan menjadikan mereka”.
“Dalam hadis yang sahih menjelaskan, orang mukmin yang terkena duri / tajam, maka gugur dosa-dosanya", jelasnya.
Kata-kata Mutiara ustaz : “Walau sesaat dihadapan kita, namun, tidak diketahui apa yang akan berlaku, inilah kejahilan dan kebodohan manusia”.
p/s: selasa depan tajuk : Ilmu dan Akal. Sekian.
1 ulasan :
syukur~~~~~~~~~~~~~~~
Catat Ulasan