Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 21 Julai 2011

"MuJahAdAH" @ "PeRubAhAn"

"Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan.  Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal. Untuk melakukan perkara yang "perlu" dibuat walaupun kita tidak "suka" membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah "menyeksa"diri sendiri. No pain, no gain – tidak ada "kesakitan", tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-berang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitu yang dipesan sejak dulu. Justeru, untuk berjaya "mujahadah" itu adalah wajib.
Mujahadah ertinya "berperang" dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan. Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk "disakiti". Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Letih sedikit, tak boleh. Hendaknya... banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.

"Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala Neraka dipagari oleh keseronokan."

3 ulasan :

KasutKaripap berkata...

mcm pernah baca..tapi kat mana ya...

AKU berkata...

karipap baca dlm mimpi kot.. heheheheheheehe

AKU berkata...

prof Ahas: yeah~~~~~~~~~ tbaik!!!!

semoga hati tidak dipesongkan dgn kenikmatan dunia yang bisa melekakan hakikat kehidupan akhirat....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...