Mengenang kisah Abrahah …………………..
*************************************************
Setelah selesai pembinaan dikirimkan
berita kepada Raja Najasyi. "Telah aku
dirikan sebuah gereja, Ya tuanku! Dan aku percaya belumlah Tuanku mendirikan
gereja semegah ini. Namun hatiku belum puas sebab orang Arab selama ini berhaji
ke Mekah, nanti aku palingkan hajinya kegereja Tuanku ini". Berita
surat ini sampai ketelinga orang Arab lalu bangkitlah seorang pemuda Arab dari
qabilah Bani Faqim bin Addiy yang mana dia masuk ke tengah gereja dan diberaki
didalamnya.
Berita itu sampai kepada Abrahah, lalu dia bertanya siapa gerangan membuat onar ni? Diberitahu bahawa orang arab yang selalu mengunjungi Kaabah. Dia pun sangat marah dan bersumpah akan meruntuhkan Kaabah, diutuskan utusan kepada Bani Kinanah, mengajak naik haji ke gereja yang dibinanya itu. Sesampai utusan dinegeri Kinanah dibunuh utusan itu. Semakin marahnya Abrahah dan bersumpah segera berangkat ke Mekah. Dia sendiri mengenderai seekor gajah yang diberi nama 'MAHMUD'. Tersebar berita yang Abrahah akan menyerang Kaabah. Maka bermesyuaratlah qabilah-qabilah Arab untuk mempertahankan Kaabah. Pemuda Yaman ketika itu bernama Dzu Nafar meminta Arab sekitar membantu untuk menentang Abrahah. Tetapi mereka tidak mampu menangkis serangan Abrahah.
Dipendek akan cerita ramai pemimpin arab
yang lain antaranya Nufail bin Habib al-Khast'amiy bergabung dengan Arab yang
lain turut tewas berhadapan dengan Abrahah. Dipertengahan jalan Abrahah
mengutusi seorang utusan kenegeri Mekah. Namun utusan itu Aswad bin
Maqfud sampai sahaja di wilayah Mekah, dirampasnya harta penduduk termasuk 200
ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib. Melihat perbuatan itu marahlah puak-puak
Arab terdiri dari Quraisy, orang Kinanah dan qabilah Huzail mereka bersiap
untuk berperang. Tetapi apabila bermesyuarat mereka membuat kesimpulan bahawa
tidakklah seimbang kekuatan mereka untuk berlawan.
Abrahah mengutuskan utusannya kepada puak
Arab "Kami datang kemari bukanlah hendaklah
memerangi kalian tetapi semata untuk merobohkan rumah itu. Kalau kalian tidak
menyerang, selamatlah darah kalian". Kemudian Abrahah berpesan
supaya salah seorang pemimpin datang menghadap beliau. Lalu datang Abdul Mutalib
berjumpa dengan Abrahah. Berkata Abrahah "apa
maksudmu datang berjumpa dengan ku"? Jawab Abdul Mutalib "maksud kedatanganku ialah supaya dipulangkan 200 ekor
unta yang telah kamu rampas". Abrahah marah dengan permintaan tersebut
disangkanya membicarakan pasal Kaabah yang hendak dirobohkannya. Dijawab oleh
Abdul Mutalib "saya datang kemari menguruskan
unta yang menjadi milik saya sedangkan Kaabah adalah kepunyaan Allah, biarlah Allah menjaganya". Dengan sombong Abrahah menjawab:' “Allah sendiri tidak akan mengetahui maksudku".
Abdul Mutalib menjawab: “terserahlah kepada tuan, aku datang hanya menguruskan untaku". Kemudian diserahkan unta
kepada Abdul Mutalib.
Setelah Abdul Mutalib kembali kepada kaumnya dikerahkan penduduk supaya menyelamatkan diri dipuncak bukit keliling Kaabah. Kemudian Abdul Mutalib diiringi pemuda Quraisy dan pergi ke pintu Kaabah sambil memegang gelang pintu Kaabah bermohon: "Ya Tuhanku! Tidak ada yang aku harap selain Engkau! Sesungguhnya sesiapa yang memusuhi rumah ini adalah musuh Engkau. Mereka tidak akan dapat menaklukkan kekuatan Engkau". Setelah bermunajat mereka pun mengundurkan diri ke bukit.
Pagi
esoknya, bersiaplah Abrahah bersama gajah-gajahnya untuk meruntuhkan Kaabah.
Tetapi perkara aneh telah berlaku dimana ketika mereka menghadapkan gajah-gajah untuk
memasuki Kaabah, gajah tersebut enggan mengikut arahan. Dipukulnya kepala, tetap
tidak mahu bergerak. Padahal Abrahah sudah siap dan terteranya pun sudah siap.
Tiba-tiba dilangit keluarlah beribu-ribu ekor burung terbang menuju kearah
mereka. Datangnya dari arah laut. Burung itu membawa tiga butir batu. Satu
diparuhnya dan dua lagi dikakinya. Dengan serentak..... burung-burung itu
menjatuhkan batu ke atas tentera-tenteranya yang jumlahnya begitu ramai. Maka berlari
bertempiaran mereka kerana ditimpa batu kecil yang sangat panas membakar. Kucar
kacirlah mereka pulang ke Yaman dan Abrahah sendiri tidak terlepas dari
lontaran batu itu sehingga terkelupas kulitnya, gugur dagingnya, lalu mati dalam
keadaan mengerikan. Ada tafsiran yang mengatakan burung-burung itu membawa
penyakit cacar. Yang mana penyakit itu akan menyebabkan kulit akan ditumbuhi
bisul yang sangat panas. Dirakam peristiwa tersebut dalam surah Al-Fil.
Demikianlah terkenal pada tahun itu dengan
tahun gajah. Sesudah 50 hari dari peristiwa tersebut maka lahirlah junjungan
besar nabi Muhammad SAW.
Cerita lengkap sila lihat tafsir Al-Azhar.
Cerita lengkap sila lihat tafsir Al-Azhar.