"Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menetukan keteguhan iman seseorang........ hasilnya memperolehi kemanisan iman" (Sukma Bintara).
**************************************
Melihat komputer riba di atas meja - Aiman menghampiri. Sahabatnya, Masni mengintai dari renda langsir warna merah muda - yang memisahkan antara bilik Aiman dan raung tamu. Aiman terus duduk di atas kerusi. "Masni.... Masni.... Masni.......", memanggil sahabatnya. Lantas dihidupkan Komputer riba.
Ya.... kenapa Aiman ?, saya tengok awak dari tadi termenung, mengenangkan siapa ? adakah dilamun cinta asmara ?", pertanyaan Masni yang disulami gelak ketawa ke anak-anakkan.
" Ooh.. jadi awak dah intai la saya dari tadi... Bukan sebab cinta asmara.... tapi saya sedang fikirkan sesuatu. Ni sekadar pertanyaan, kenapa saya diuji? ", pertanyaan yang berbaur dengan seribu persoalan.
"Aiman, adakah kamu lupa, kita dijadikan sebagai manusia dikurniakan dengan pelbagai anugerah, dan keistimewaan yang paling berharga dikurniakan akal dan hati. Inilah kesempurnaan manusia. Dalam hidup ini, kita dilengkapi dengan ujian, dugaan, dan cubaan. Masing-masing berperanan menjadikan kita lebih akrab dan erat disisi Allah SWT.
Firman Allah menjelaskan "Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman ", sedangkan meraka tidak diuji lagi?, surah Al-Ankabuut ayat 2. Petah dan jelas keterangan Masni menjawab pertanyaan Aiman, terkebil - kebil biji matanya.
"Tapi Masni...... kenapa saya tidak diuji sahaja perkara-perkara yang baik ?", tangannya digengam dan diselang-seli jari jemarinya.
"Seharusnya awak kena berfikir yang disertakan muhasabah... dan pertanyaannya akan terjawab. Al- Quran ada menyatakan "..... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Tubuh kecilnya direbahkan di atas katil bujangnya, dia menarik selimut nipisnya lalu menutupi tubuhnya. Bilik yang berkipas itu sememangnya menyamankan. "Bolehkah saya kecewa akibat ujian yang dihadapi, kadang kala, rasa kecewa membuatkan saya rasa amat terbeban. Dan bagaimanakah cara menghadapi ujian hidup ini...?".
"Ohh..... sahabat comelku, saya rasa, saya seperti ustazah... he.. (gurauan). Apa yang awak rasai, saya telah lalui, dan pengalaman mengajar erti kehidupan pada saya", manis wajah masni menuturkan kata-kata, inilah sahabat yang sukar dicari, nisbah 100:1.
"Firman Allah menjelaskan kepada kita ".......janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padalah kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman

Dan...........................
"............. jadilah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat , kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
Riak wajahnya menunjukkan ketenangan, segala jawapan ini akan terus bersemadi dalam hati." Dan terpancar sebagai pelajaran buatku", bisik hatinya.
*********************************
"Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang yang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar" (Imam Al-Ghazali)
3 ulasan :
tidak akan Allah turunkan ujian kepada hambaNya melainkan Dia tahu hambaNya mampu menghadapi ujian itu..
ramai org tahu akan hal ini, malangnya bila di timpa ujian masing2 jatuh terjelopok..hilang arah..serta merasakan diri lemah dan macam2 lagi perkara negatif...
jadi..kayu pengukurnya adalah Iman..yang kuat dan mengharap sesuatu dr Allah dgn ujian yang melandanya miliki iman yang kukuh..sedangkan yang sebaliknya? miliki iman yang rapuh..
muhasabah diri, tingkatkan ibadah,cari ilmu..InsyaAllah..kita mampu..
masih ada harapan dan masih belum terlambat...selagi malaikat maut belum dtg menjengah..
emmm....mengayat hati
kasut & Hawa : bsyukur dan bersabarlah hadapi rencam hidup ini~~~~
Catat Ulasan