Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 11 Oktober 2011

Warkah siri 3: " SenJa BerlaBuh".

Aiman melangkah menuju ke pusara suaminya, dan ditemani anaknya  Nor Balqis, yang kini berusia 12 tahun, seorang anak gadis yang masih suci dan bersih. "ya Allah, kau jadikanlah anakku ini yang baik akhlak dan pribadi".

Hujan turun dengan renyai, dan titisan mengikut arah angin bertiup. Kepala didongak ke langit membiru, kelihatan burung pulang ke sarang, membawa secebis rezeki untuk anak-anaknya, berkicauan suaranya.

"Alhamdullillah", ucapan orang yang menghayati kurniaan nikmat dan rezeki dari Pencipta Semesta. Keluh kesah, putus asa, ungkit mengungkit pula terpacul dari pengkufur nikmat, yang tiada kenal erti kesyukuran.... kerana keasyikan duniawi melekakan ukhrawi.

*****************************
"Detik masa terlalu pantas... masa tidak akan menunggu, melainkan kita yang mengejar akan masa... masa dan waktu datang dan pergi.... tiada makhluk dapat menghalang peredaran masa dan waktu... begitulah mudamu diragut hari tuamu... tiada siapa yang dapat menghalangnya" (Sukma Bintara)

*******************************
"Saya buatkan teh kegemaran, ibu", tangan kanannya menghulurkan secawan teh kepada ibunya. Balqis,  anaknya yang kini sudah berusia 28 tahun, lepasan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Memiliki kerjaya sebagai pensyarah kanan bidang syariah dan usuluddin, Fakulti Pengajian Islam , UKM. Perwatakan seperti ibunya ketika muda jelita, mempunyai sifat tekun dan rajin menuntut ilmu, ramah dan pintar dalam apa jua bidang yang dipelajari.

Kedua beranak ini, berada di hadapan anjung rumah, beralaskan kerusi kayu dan meja buatan tangan arwah  suaminya - kelihatan atap zink pula yang berlubang dan berkarat - menunggu titisan menembusinya.... 

Benaknya mengelamun, mengimbau kembali detik pahit dan manis bersama arwah suaminya. Kerajinannya mencari nafkah untuk anak dan isterinya tidak dilupakan, siang membanting tulang menguruskan ladang dan  ternakan manakala malamnya membawa keluarga menuntut ilmu agama. Inilah konsep keseimbangan kesenangan dunia dan akhirat. Bak katanya: Mustahil manusia mencapai erti kemanisan iman jika tidak menjadikan tauhid (agama) sebagai prinsip dalam kehidupan.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang akhirat itu tujuannya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya, Allah mudahkan segala urusan dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakiran antara kedua matanya, Allah akan cerai beraikan urusannya dan dunia pula tidak datang kepadanya, melainkan dengan kesukaran yang ditakdir untuknya (iaitu dalam keadaan hina). - Riwayat Tarmizi.

"Ibu !!!!!!!!!!!!!!", sergah Balqis disulami gurauan manja sebagai anak tunggal yang tiada lainnya. "Apa yang ibu  menungkan tu.... ibu fikir ape..?, hah... Balqis tau.... ibu kesunyiankan.. hehe". Apa kata, apa kata, ibu.......... dot.. dot...".

"Apa yang dot, dot tu Balqis... Kahwin ya... (wajah tersenyum)?". "Ya Ibu,.. takde lah ibu kesunyian, kesian ibu, saya 2 minggu sekali balik kampung, tu pun kadang-kadang kena out station, ibu keseorangan je kat rumah tanpa berteman", Balqis menyurakan cadangannya. Ibu mengukirkan senyuman, tangan kanannya diletakkan di atas bahu anaknya.

"Ibu masih belum fikirkan soal mencari pasangan apatah lagi kahwin... cukuplah arwah ayahmu membahgiakan ibu. Jika ada jodoh dengan yang lain, InsyaAllah. Jodoh, ajal dan rezeki semuanya ketentuan Allah.  Apa yang penting sekarang ni ialah, ibu mahu melihat kesenangan kamu, kesenangan anak menjadikan ubat  mujarab bagi ibu. Bila kamu nak mendirikan masjid ? umur dah 28 tahun, takkan tak bersedia nak berumah tangga lagi sayang ooii", Ibunya - Aiman.

**************
"Di dalam Al-Quran tujuan pernikahan adalah untuk ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah". (Ar-Rum: 21)

Allahukabar................ Allahuakbar.................... (laungan bilal, tanda masuknya waktu magrib)


Karya Sukma....... Jam 1.00 Pagi / 11.10.2011. di post hari ni... 

3 ulasan :

aimanamani berkata...

ooooooooooooooo......bgus cite ni....

AKU berkata...

t.kash amani.. ambil seberapa manfaat yang ada..... ilmu.... dikongsi bersama....

aimanamani berkata...

ya...sama2 normuhamad :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...