Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 1 Oktober 2010

Sahabat, Aku dan Taubat


Sahabat tersayang…aku..

Dengarlah, renungilah, hayatilah

penciptaan manusia,

penciptaan Alam semesta..

Segala-galanya bermula

dengan daya upaya

kehebatan Allah,

Tidak ada suatu pun ciptaanNya

memperlihatkan

kecacatan

ketidaksempurnaan

kekurangan..

Sahabat tersayang….aku..

Dosa, noda, alpa,leka

Diri insan

Yang bergelar

Manusia..

Namun,

Sebanyak lautan buih..

Dia ampunkan..

Subhanallah…

Rahmatnya

Dahului

kemurkaanNya…

2.55 Pm/ 1.10.2010/ Jumaat


Dan aku ingin menjelaskan tentang tanda-tanda taubat diterima, Allah Taala mudah sgt ampunkan hambanya.. inilah hakikat dan realitinya.

Tanda-tanda taubat diterima

1. Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang soleh.

  1. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
  2. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat
  3. Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah

Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci”.

Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:

  1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya.
  2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya.
  3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu.
  4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya.


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...