Sumber : Merto (18/5/2011)
RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
............................................................
Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.
....................................................
Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.
.......................................
Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.
.....................................................
Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.
........................................................................................................
Kritikan Sukma Bintara:
Adakah ini yang dikatakan dengan kemajuan berfikir? Semakin hari, semakin mundur intelek manusia untuk memikirkan sesuatu yang baik kepada diri dan masyarakat. Hanya semata-mata ingin mencontohi dunia barat yang selama ini mengangkat dunia paranormal (hantu), kita sebagai negara Islam, ingin juga memperkenalkan tempat paranormal yang diiktiraf, sehingga memperkenalkan tempat ini sebagai lokasi pelancongan “Pekej Lawatan Behantu” yang dipromosi Tourism Malaysia Pahang. Ingin mencari keuntungan dari sumber seperti ini ke ??.
.........................................
Selagi masyarakat disoggokkan dengan maklumat Hantu, Khurafat dan Tahyul, selagi itulah, kejahilan akan menyesatkan manusia. Tidak dapat membezakan kebenaran yang sahih serta merta menjadikan kebatilan menerjah diruangan akal manusia.
...................................................
Hal ini juga mendatangkan kesan negatif kepada kita selaku umat manusia. Perkara pertama ialah dari sudut akidah dan kepercayaan. Amat mendukacitakan kerana manusia lebih takut dasn gerun kepada makhluk bernama jin / syaitan dan sekutunya dari kekuasaan Allah SWT. Sedangkan Islam mengangkat martabat manusia sebagai khalifah Allah SWT. Takut disini bukan kerana takut pada hasutannya yang mendatangkan maksiat dan kemungkaran, tetapi takut pada mereka akan rupa asal kejadian mereka, dan memperakui diri mereka (jin/syaitan) boleh mendatangkan kesan kemudratan kepada diri kita.
Firman Allah Ta’ala :
"Maka janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku jika kamu benar-benar orang yang beriman. [Ali ‘imran : 175].
.......................................................
Perkara kedua ialah menjadikan manusia (muslim) terkeliru dengan hakikat kejadian roh dan manusia, manusia dicipta semata2 untuk mejadi hamba kepada Khalidnya (Allah SWT). Manusia yang taat atau ingkar akan diadili oleh Allah dengan seadil-adilnya. Roh dan jasad saling ada hubung kait, roh yang masih lagi berada dalam jasad, membuatkan manusia terus bernafas, apabila terpisahnya roh dan jasad, maka ia dinamakan Kematian… dan terputuslah hubungan kita dengan dunia nyata… kembali di alam yang lain…. Alam Barzakh.
..........................................
Kerisauan yang melanda masyarakat kita sekarang ialah, ramai yang mempercayai kewujudan roh yang boleh mangganggu manusia yang hidup, dan diperakui manusia yang buruk perangainya, dikurniakan semangat roh yang jahat dan 'hidup' bagi menganggu kehidupan manusia. Sedangkan Roh ialah urusan Allah SWT. Buktinya:
Firman Allah Ta’ala :
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Al-Isra :85)
…………………………………………………………….. ok…. Kritikan Ringkas… Lelain, Korang Pikir la Sendiri…. Wassalam…