Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 16 Mei 2011

Pengemis Celik

Pengemis semakin hari, semakin berkembang… merata2 dijalanan, ada yang bertongkat, ada yang merangkak, ada yang berjalan selamber, sihat tubuh badan, cerdik akal fikiran. Pemerhatian Sukma menjelaskan, terdapat 3 kategori pengemis iaitu:

1. Pengemis yang tidak ada upaya untuk bekerja.
2. Pengemis yang malas bekerja sihat tubuh badan.
3. Pengemis “mengemis” bidang kerjaya mereka (Sindiket).

............................................................................................................................................
Babak 1

Suatu hari, beliau berada dalam train KTM menuju ke KL Sentral,  sambil melayan lagu jiwang dlm Mp3, datang akak pengemis lingkungan umur awal 40-an yang bertubuh sihat walafiat, sempurna pancaindera, berwajah cerah, berpakaian t-shirt bertulisan Batman,:

“Tolong, tolong dik, akak lapar, bagi la duit, sdikit pun x mengapa la dik”, jelas akak bersungguh2 sambil hulurkan tangannya tepat depan batang hidung beliau. “Akak, saya xde duit kecil akak, ni pun cukup untuk tambang teksi pas ni”, jelas beliau.  “x mengapa la, adik bagi akak rm 20 cukup la”, luah akak dengan wajah dan mimik muka yang buat2 kesian. Duit beliau ada RM 10 je nak tambang teksi balik nanti, diminta2 lak nak rm 20. banyak cantik betoi....  “Nah akak, ambil ni, ni je yang termampu”. “Tak cukup ni dik.. tambah la ckit lagi”. Pengemis jenis apa ni?

 .................................................................................................................................
Babak 2

Petang begini menyebabkan perut beliau lapar ke tahap krikal dan maksima. Jika dibayangkan, mau je ditelan semua lauk yang ada. Sambil makan dengan penuh selera, tiba-tiba datang seorang anak bangle mau jual buku agama. 
Buku yang berjudul “BELAJAR MANDI WAJIB”. Nak je tergelak, tapi ditahan bersama kunyahan nasi. Bagaimana harus ku katakan, nak bagi… tapi cm x percaya je… Mendesak aku suh beli, orang bg duit ckit xnak, paksa gak suh beli buku yang yang berharga rm 5.  Gerak hati mengatakan ni sindiket.. tapi x boleh berprasangka buruk, buruk padahnya. Pengemis jenis apa ni?

 ..........................................................................................................................................
Babak 3
Berjalan 2 orang Pendekar menuju ke sebuah restoran. Odder bunger hayam dan ayak Milo. Diteguk dan makan bersama. Leptop dikeluarkan sambil downlond cite Pucca dan Kisah2 Maharaja Lawak. Duduk x sampai 6 minit, datang mak cik / auntie berbaju lawa, berambut terurus sambil memegang beg plastik yang berisi makanan segera, lantas:

“Bantu saya ma…. huk..huk, huhuhu, engok la tangan saya maaa.,, baru je bengkok maa”, sambil nangis2 depan kami dan menunjukkan tangannya yang sepera bengkok. Naik bingung 2 orang pendekar melihat telatah manusia yang kurang faham maksud adab . Makin lama makin kuat popuan tu nangis… “cam ne ni???? Main paksa-paksa la pulak… aduh manusia ni”, jelas hati beliau yang berada dlm kepanasan. Pengemis jenis apa ni?

p/s: segelintir pengemis / peminta sedekah ada yang boleh dipercayai.. atas sebab2 yang munasabah. Sekian… Wassalam.

6 ulasan :

KasutKaripap berkata...

nak...sy lapa nak...bg la sikit bunger tu nak...

AKU berkata...

HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA.... ADAKAH KARIPAP DITEMPAT KEJADIAN??? MUSYKIL`~~~ hehe

KasutKaripap berkata...

sbnrnya..sy lah suruh auntie tu nangis2..hahahhahaa~

AKU berkata...

hah????????????????? hahhhahah.. ugut mak cik tu ke????????hahhahah

KasutKaripap berkata...

YESSSS...HAHAHAHA..itu tektik pau yg terbaru..
empergunakan pengemis !!!! hahahaha..

tapi bukan sindeket tau~

AKU berkata...

hahahahahaha... tp, last2, kamu yang kena pow.... hahahahahahhaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...