Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 23 Ogos 2011

Mengaku Anak BaSah... sanggup?

Kuala Lumpur: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.

Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.


Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.
=======================

P/S: Ya Allah................................ Moga dijauhi dari bala spt ini.....~~~~

4 ulasan :

Diana @ BKKC berkata...

erkk..apa dah jadi..yg anak sah dan halal nak declare diri anak luar nikah, semata2 kerana benci..? sepatutnya berbincanglah secara waras, dptkan pendapat ahli agama...

Norhisham Nordin berkata...

gile ahh... apa yg bapak kandung dia dah buat sampai sanggup jadi cmtu sekali...

Munn Jaafar berkata...

ada la tu bnda yg bapak dia buat dulu...smpai jd dendam pulak

AKU berkata...

kadang2.. nak pikir gan logik... x masuk akal.. adus~~~~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...