Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 19 Ogos 2011

BoMoH, Jumpa BoMoh: Sebab Agama bukan Perkara uTaMa !!!


Masalah rumah tangga yang sukar dikongsi seorang isteri kepada keluarga sendiri mahupun pihak luar menjadi antara penyebab ramai wanita mendapatkan khidmat pihak lain seperti bomoh sehingga memakan diri sendiri. Pakar Motivasi dan Kaunseling, RKH Motivasi and Services, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata selain faktor itu, kekurangan pusat khidmat kaunseling, tindakan dan kurang pegangan agama turut menggalakkan wanita seperti itu berbuat demikian.

“Bagi isteri, masalah rumah tangga amat sukar untuk diluahkan atau dikongsi kepada sesiapa. Seboleh-bolehnya mereka akan menyembunyikan masalah itu daripada diketahui ramai. “Tindakan ini menyebabkan mereka berjumpa bomoh yang mendakwa boleh menyembuhkan atau menghilangkan masalah mereka kerana tahu rahsia tidak akan terdedah,” katanya.

Dr Robiah berkata, kesempatan itu pula diambil bomoh terbabit untuk mengaut keuntungan dan wanita seperti itu mengalami kerugian. “Mereka tidak tahu dengan siapa harus bercakap untuk menyelesaikan masalah kerana pusat khidmat kaunseling tidak banyak, lebih-lebih lagi bagi golongan sederhana. Ketiadaan pakar kaunseling yang mudah dihubungi dan didatangi pada bila-bila masa selain menawarkan bayaran berpatutan turut menyukarkan keadaan.

“Selain itu, mereka ini mudah terpedaya kerana pujukan rakan atau pelanggan yang berjaya selepas menggunakan khidmat bomoh itu,” katanya. Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam, mengenai lebih 10 pelanggan wanita seorang bomoh diberi pilihan sama ada menyerahkan tubuh atau barang kemas untuk membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri.
============================
============================




5 ulasan :

KasutKaripap berkata...

bomoh yg bongok....

AKU berkata...

ya karipap............... tiap bulan tahun ada kes bomoh tipu... sesat.... khurafat...... makin maju, makin mundur pemikiran masyarakat kita~~~

KasutKaripap berkata...

HARI2 KUAR BERITA BOMOH...SUDAH TAHU BOMOH NIE SESAT...TETAPI KENAPA TIADA UNDANG2 YANG KHAS UNTUK PELAKU YANG MENGAMALKAN SIHIR??
BOMOH JUGA KATEGORI SIHIR...BILA ADA MANGSA KENA TIPU, ATAU KENA ROGOL (JENAYAH YANG NAMPAK) BARULAH DITANGKAP DAN DIHUKUM...
BAGAIMANA PULA YANG MENYANTAU, MENYIHIR SAMPAI KELUARGA MANGSA PORAK PERANDA??? TIADALAH KEADILAN BG MANGSA INI DI DUNIA....MELAINKAN AKHIRAT...

*sekadar pendapat untuk membuka perbincangan =) *

AKU berkata...

YA KARIPAP.. SUKMA SEPENDAPAT GN KAMU..... JENAYAH JGN DILIHAT PADA ZAHIR SAHAJA.... BATIN DAN TERSEMBUNYI JUGA MESTI DIBONGKAR....

...............................
------------------------------
SEPERTI YANG SEDIA MAKLUM, MASYARAKAT DAN PENGUASA TELAH AKUR & TAHU "DIA" SEORANG BOMOH....

MENGAPA TIDAK DISIASAT LATAR BELAKANG BOMOH TU..? DAN PERLU DISIASAT OLEH SEORANG YANG PAKAR AGAMA (ILMU ALLAH). JIKA TERBUKTI BAHAWA BOMOH TU MENGAMAL CARA PENGUBATAN YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM, TERUS DIKENAKAN TINDAKAN PADANYA!!!!!...

KasutKaripap berkata...

jadi sekarang..........siapa yang menolak agama dan sunnah dalam pemerintahan adalah orang yang bertanggungjawab dalam hal sebegini...

BOM-OH SEDANG BERLELUASA...NAK BIARKAN SAJA TANPA TINDAKAN UNDANG-UNDANG?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...