Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 8 Ogos 2011

Ugutan Kekasih "KonOnnya"

PETALING JAYA: Gara-gara memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, seorang wanita mendakwa diugut membayar RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar tidak senonohnya disebarkan di Internet, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun sedang bersiap untuk menunaikan solat Asar di sebuah masjid di Sungai Way sebelum mendapat panggilan daripada teman lelakinya itu.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 20-an itu tidak berpuas hati berikutan tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka selepas berlaku pertengkaran beberapa hari sebelumnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan laporan berhubung kejadian itu.


P/S: Seboleh-bolehnya… jgn la menggatal sebelum berkahwin…. ada lak gambar x senonoh.. atau video berasmara…. leh jadi modal bagi pasangan masing2… seperti kes di atas…. Moga ditutup aib kita hendaknya…. Bertaubat padaNya.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...