Akal merupakan anugerah Allah yang teristimewa dan dikurniakan kepada hambanya yang bergelar manusia. Inilah yangmembezakan manusia dan haiwan. Haiwan diberikan otak tetapi tidak mempunyai akal untuk berfikir, dan haiwan hanya dikurniakan naluri semata-mata (bertindak mengikut keinginan dan kemahuan).
Dapat difahami bahawa sebagai manusia diberikan konsep taklif (tanggungjawab) dalam Islam, yang menitikberatkan tentang akal. Hanya golongan yang berakal sahaja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan sesuatu ibadah kepada Allah SWT sedangkan mereka yang tidak berakal dikecualikan.
Neraca bagi menentukan kebaikan dan keburukan bergantung kepada akal. Hal ini menyebabkan manusia dianugerahkan pangkat sebagai khalifah di muka bumi. Malahan manusia dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah Allah SWT yang ini tidak mampu dipikul oelh gunung, bumi dan langit. Hnaya manusia sahaja yang mampu…. Subhanallah.
Al-Quran memberikan kedudukan yang istimewa kepada akal. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang tertinggi. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: “ Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka", (surah al-Imran, ayat 190)
Sebagai seorang yang mempunyai akal yang rasional kita sewajarnya membuat persediaan untuk menghadapi hari tersebut. Kejayaan pada hari tersebut dapat dicapai apabila kita dicurahi rahmat Allah SWT. Kerahmatan ini pula dapat diperoleh dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan dalam masa yang sama menjauhi segala larangan-Nya.
Kesimpulannya, tugas akal yang paling mulia ialah apabila ia digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apabila melihat kepada kejadian alam yang begitu hebat, tersusun dan indah ini, sewajarnyalah terdetik di hati kita ingatan terhadap Allah SWT yang Maha Agung yang mencipta alam ini.
Coretan Ringkas, Wassalam......
Tiada ulasan :
Catat Ulasan