Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 16 Ogos 2011

Wanita Diet dan Wanita Bersenam

Perkataan ‘diet’ ialah salah satu terma yang paling gemar digunakan dan juga ‘disalahguna’ oleh orang ramai yang cuba untuk mengurangkan berat badan! Diet tak bermakna anda ‘berpuasa’ dan mengikat perut anda dari makanan. ‘Diet’ sebenarnya ialah jumlah makanan yang diambil oleh seseorang. Setiap individu mempunyai jumlah nilai kalori harian yang berlainan bergantung kepada fizikal badan dan juga gaya hidup seseorang itu (sama ada aktif atau tidak). Sudah tentu, tidak mustahil bagi seseorang itu untuk mengurangkan berat badan dengan hanya berdiet. Tetapi ianya sangat tidak disyorkan kerana seseorang itu perlu sangat berdisiplin dalam pengambilan makanan. Terdapat juga kemungkinan besar untuk berasa lapar dan akhirnya anda mungkin terlebih makan kerana tersangat lapar! Oleh itu, ‘diet seimbang’ sangat disyorkan oleh majoriti pakar nutrisi yang meliputi diet dan senaman. Tahukah anda bersenam membantu anda mengurangkan nafsu makan?



4 ulasan :

Marina berkata...

kiter berpuasa pon boleh menurunkan berat badan kan?

AKU berkata...

boleh cik marina... inilah hikmah bpuasa~~~~~~~~~~~~~~ he2

bell shah berkata...

jgn lupe ajk kwn2 awk follow blg sye..
Awk pon taw
:)

Tanpa Nama berkata...

tp.. skrang ni.... org puasa sunat pon nak niat diet.... teruk btoi.. alasan, nak kurangkan lemak ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...