Ceritanya begini.... :
*************
Suatu ketika, Malik bin Dinar pergi ke suatu tempat. Tiba-tiba dia melihat seorang hamba wanita cantik berpakaian menarik dan berjalan dengan angkuh. Terfikir olehnya bahawa wanita ini memerlukan nasihat. Dia pun mendekatinya, lalu bertanya, "Wahai wanita, adakah tuanmu hendak menjualmu?"
Wanita itu bertanya mengapa dia ingin tahu. Malik bin Dinar menjawab bahawa dia ingin membelinya. Wanita itu beranggapan bahawa kecantikannya yang menarik dan mempesona telah membuat orang setua ini menginginkannya. Oleh kerana bingung, wanita itu menyuruh para pengawalnya supaya membawa orang tua tersebut untuk memberitahu tuannya akan apa yang dikatakannya.
Maka, Malik bin Dinar pun pergi bersama mereka. Ketika mereka tiba di rumah tuannya, dengan ketawa wanita itu menyombongkan dirinya, bahawa lelaki setua ini pun jatuh cinta setelah melihatnya. Tuannya bertanya, "Wahai lelaki tua, adakah kamu ingin membeli hamba wanita ini?"
"Ya," jawab Malik bin Dinar.
Tuan itu lalu bertanya, "Berapa yang hendak kamu bayar untuknya?"
Malik bin Dinar menjawab, "Dua biji kurma kering."
Tuan itu terkejut dengan jawapan itu dan berkata, "Mengapa sedemikian murah?"
Malik bin Dinar menjawab, "Ini kerana, dia memiliki banyak kekurangan. Kecantikannya sementara dan sebentar lagi akan lenyap. Dia juga akan segera menjadi tua sehingga tidak ada seorang pun yang ingin melihatnya. Jika dia tidak mandi, maka bau busuk akan keluar dari badannya, kutu akan memenuhi rambutnya, bau busuk akan keluar dari mulutnya dan giginya akan menguning. Jika dia tidak menyisir rambutnya, maka dia akan kelihatan menakutkan. Akhirnya, dia tidak setia; sehingga hari ini dia bersamamu dan ketika kamu mati, dia akan pergi bersama orang lain."
Tuan hamba tersebut berkata, "Semua yang anda katakan itu benar, tetapi bagaimana boleh menawarkan dengan dua biji kurma?"
Malik bin Dinar menjawab, "Sebabnya aku boleh mendapatkan hamba yang kecantikannya abadi. Ketika dia tersenyum, sinar cahaya muncul dari giginya. Pakaiannya berwarna tujuh puluh ribu jenis bersinar dari pakaian itu. Jika dia harus menunjukkan pakaiannya, maka matahari akan kelihatan suram (redup). Jika dia bercakap dengan yang mati, maka orang yang telah mati itu akan hidup. Demikian setianya, sehingga aku dapat melihat gelombang cinta yang berombak pada hatinya sendiri. Jika dia meludah pada air yang pahit, maka air itu pun akan menjadi manis. Oleh kerana itu, aku akan menerima hamba wanita ini, kerana dia suka berjaga pada akhir malam untuk melakukan solat Tahajjud."
Mata tuan hamba tadi itu tidak dapat menahan air mata. Dia berkata kepada Malik bin Dinar, "Wahai orang tua, keamu telah mengubahku!"
Akhirnya, tuan hamba itu bertaubat dengan tulus dan mengarahkan segenap kehidupannya pada cara yang soleh selepas peristiwa itu.
**************************
Sumber dari pasukan pengebom sukma: http://kasutkaripap.blogspot.com/2011/08/ada-satu-cerita.html
2 ulasan :
haha..nasib baik buat sumber link..bagus2..kekeeke~
hahahahahahhahahhhahaa.. kena link.. kata PASUKAN....
Catat Ulasan