Hidup bagaikan putaran roda, atau siang dan malam yang silih berganti. Sebagai manusia terdapat dua jalan yang sentiasa dilalui olehnya, pertama jalan kesenangan hidup yang melengkapi hidup seorang manusia. Kesenangan hidup dapat diterjemahkan dengan perohan harta yang berganda, pangkat yang meninggi langit, tetapi, pernah atau tidak manusia bersyukur?
Jalan kedua ialah kesusahan hidup yang melibatkan hati dan perasaan. Kadang kala membabitkan soal kemiskinan hidup, hubungan kasih sayang antara manusia dan seumpamanya. Tetapi pernah atau tidak manusia bersyukur?
Pertanyaan pada diri Aku “Apakah manusia memahami erti syukur…….. ? “manusia boleh bersabar… tetapi bersyukur ?”.
Bagi manusia yang berakal, dan memiliki hati yang Qanaah, aspek kesenangan hidup dilihat dari soal kelapangan hati, ketenangan minda kerana persandaran mereka pada kasih sayang Allah selaku pencipta semesta. Maka timbullah rasa syukur yang berganda. Jika mereka berhadapan dengan kesusahan hidup, takdir atau qada dan qadar diterima dengan hati yang penuh redha pada ketentuanNya. Redha tidak bermaksud menyerahkan diri pada takdir semata-mata, tetapi diperkukuhkan dengan usaha, doa dan tawakal. Inilah manusia yang bersyukur.!!!!.
2 ulasan :
sederhana dlm apa jua kan..
syukur dgn segala yg diberikan-Nya =)
ya aime~~~~ kesederhanaan membawa ketenangan yang berpanjangan....
Catat Ulasan