Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 31 Julai 2011

Ashraf : Dikebumikan sebagai LeLaki

KUALA TERENGGANU: “Sejak kebelakangan ini arwah sering menyebut perkataan ‘tak sempat.’ Namun apabila saya bertanya apa yang tak sempat, arwah tidak menjawab. “Melihat arwah enggan menjelaskan maksud di sebalik kata-kata itu, saya tidak bertanya lanjut kerana tidak mahu menambah tekanannya,” kata ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi, di sini, 18 Julai lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi semalam di CCU HSNZ, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’, dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak.

Jenazah Mohd Ashraf Hafiz selamat dikebumikan mengikut jantina asalnya sebagai lelaki di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini, jam 5 petang semalam selepas solat Asar.
...................................................................................................
Moga Allah mengampunkan dosanya.... dan mendapat keredhaan & Kasih sayang Allah... Amin....... Al-Fatihah.

Untuk keterangan langjut KLIK: 

Mayat dalam beg tangan wanita (Kejam + Zalim)

.........................................................................................................
NILAI: “Saya ingatkan beg tangan itu berisi duit, namun sebaik membukanya, saya terkejut melihat sehelai tuala berdarah dan apabila disentuh ia terasa lembut,” kata Azmi Talib, 48, pengguna jalan raya yang menemui mayat bayi lelaki di Kilometer 282.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur masuk Nilai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Azmi yang kebetulan berhenti di bawah jambatan di lebuh raya berkenaan untuk makan durian bersama seorang rakannya mula sangsi melihat beg tangan wanita dalam keadaan masih elok dalam longkang berhampiran. “Saya dan rakan menaiki dua motosikal dalam perjalanan pulang ke Gombak dari Muar, Johor, berhenti di situ kerana terlalu penat. Kami kemudian berhenti untuk makan durian dibawa dari kampung. “Kemudian saya pergi ke longkang untuk membuang air kecil lalu ternampak beg masih lagi elok dan tergerak hati untuk membukanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut selepas ternampak kain berlumuran darah. Katanya, dia tidak berani membuka bungkusan kain dalam beg itu dan terus menahan sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui kawasan itu. “Seorang anggota polis itu kemudian mengangkat beg ke atas dan membuka bungkusan itu sebelum menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan sebaik dimaklumkan penemuan mayat bayi itu. “Berdasarkan kepada siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai baru dilahirkan kerana tali pusat dan uri masih ada padanya,” katanya. “Malah, uri juga dibungkus dalam beg plastik berasingan dan diletakkan bersebelahan bayi itu. Bayi lelaki itu dibalut dengan tuala dan lampin di dalam sebuah beg tangan perempuan berwarna coklat,” katanya di sini, semalam.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan. Beliau berkata, bayi itu dipercayai keturunan Melayu dan mayatnya itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Polis masih mengesan suspek membuang bayi itu dan orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

Sabtu, 30 Julai 2011

Debaran seorang pengantin

Minggu lalu, aku menghadiri  majlis akad nikah seorang kawan.  Majlis akad nikah diadakan di rumahnya. Kehadiran jemputan yang ramai, duduk bersila mengelilingi kadi dan pasangan pengantin.  Pengantin lelaki bersila di atas bantal bagaikan seorang raja. 

Diri memasang telinga bagi mendengar pertanyaan kadi. Kadi bertanyakan tentang sembahyang, belum habis soalan kadi,  pengantin lelaki menjawab "lima ". 

Kadi bertanya lagi, "sebutkan najis ringan?" 

"Kencing bayi yang masih kecil", jawab pengantin lelaki.

Kadi sekadar menganggukkan kepala, mungkin boleh diterima walau hakikat jawapan itu masih belum terperinci

Pertanyaan terakhir kadi "sebutkan najis besar atau najis berat?"

Pengantin lelaki mula menunjukkan rasa gelisah, menjeling ke kiri dan ke kanan, mata mula melihat kipas yang berputar, diri ingin menolong beliau. Jawapannya bukannya sukar.

Aku memberi isyarat supaya pengantin lelaki menjawab soalan tersebut. "Hoi, jawapannya, 'anjing dan babi".


……………………………


……………………………


……………………………


……………………………

Jawapan pengantin lelaki ialah  "TAIK GAJAH". 

Suasana jadi kecoh dengan gelak ketawa. Tidak boleh dikawal. 


"taik gajah? besar betul, nak-nak bila gajah makan durian", kata orang sekeliling.

.

Jumaat, 29 Julai 2011

MaTi TerSenYum.... Ye Ke ?

Seorang anggota polis pergi ke rumah mayat untuk memeriksa punca kematian yang berlaku kepada tiga lelaki. Setelah melihat ketiga-tiga mayat itu, anggota polis tersebut menjadi hairan lalu bertanya kepada penjaga rumah mayat tersebut.

Polis : " Saya tidak pernah melihat kes begini...pelik sungguh. Mengapa ketiga-tiga mayat itu tersenyum?"

Penjaga : " Lelaki pertama itu mati kerana serangan ahmar ketika sedang bersanding atas pelamin. Lelaki kedua meninggal terkena serangan jantung selepas menang loteri sebanyak RM2 juta. Manakala lelaki ketiga mati kerana dipanah petir."

Polis : " Habis tu, kenapa dia tersenyum?"

Penjaga : " Masa tu dia ingat ada orang ambil gambar dia..!!

…………………………………………..
………………………………………………………………………….





SahaBat "TerMakaN PuLuT"

Ada dua orang sahabat sedang berbual. Saipul dan Aiman. Mereka ini sudah lama berkawan. Ibarat kata Aur dengan tebing atau bahasa mudahnya Ibarat jari dan kuku, gigi dan gusi. Suatu hari mereka berjumpa kat sungai berdekatan tanah yang dipajak batu-batu nisan.

Saipul: Kau nak tau,dulu masa aku kecil aku pernah tengok orang bunuh diri.
Aiman: eeii...ngerinya...

Saipul: Dia gantung diri kat pokok.
Aiman: Habis tu sekarang hidup lagi ker....

Saipul: Iskkk kau ni....gila ker apa? dah tentulah orang tu mati.( sambil menunding jari di dahi Aiman)

Aiman: tak, maksud aku pokok tu la.........................
Saipul: hah? $#$&%%^*& (Mu Nok Kena Gocoh ko..….)

GAs PenyumbaT HiDuNg

Seorang wanita muda lagi bergaya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya. Wanita muda menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita muda tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita muda  itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.
Selepas seminggu wanita itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.  "Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk dan masyuk di sanubari, hingga bergegar seluruh bulu roma saya... Namun begitu, gegaran kentut tak dengar bunyi apa-apa pun, tapi busuknya sangat dahsyat bukan kepalang", kata wanita itu. 

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor. ......... hah kata AkU !!!!?

Khamis, 28 Julai 2011

BuDak Lurus cam Senduk

Leman dan Jamil, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi. 
"Fasal apa adik menangis", tanya Leman. 
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Jamil pulak. 

Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..". 

Mendengar penjelasan budak tadi, Leman dan Jamil hanya menggelengkan kepala. Tak tau aper nak explain kat budak tue... !!!! Sabo je la...

Dia "JeM Akli 2" -

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas di resepsi adakah kamar no. 27 ada pesakitnya. 
...................
Petugas tersebut lalu memeriksa kamar tersebut dan segera kembali ke telefon, memberitahu lelaki tersebut bahawa kamar no. 27 itu memang kosong. "Bagus sekali!" kata si lelaki. "Itu bererti aku sudah betul-betul berjaya melarikan diri!
Petugas  maklumkan berita ni pada doktor.... namun doktor mengatakan sambil tangannya mengorek hidung.... "oh...Dia semakin pulih".

2 Sahabat " Jem Akli"

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa……

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"

Rabu, 27 Julai 2011

Posmen.... Kisah Realiti

Seorang posmen yang datang menghantar surat. 

" Assalamualaikum " 

" Walaikumsalam " 

" Ni rumah encik Jali ye? 

" Ya saya" 

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni " 

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje.


“hah”……… termenung sang posmen.

CinTa iTu Buta !!!

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu 
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu. "Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut. 

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya 
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya  pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............ 

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. 

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal  belacan." Amin mengiyakan dan si  lelaki buta 
memesan makanan tersebut. 

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,  kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu" 

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham. 

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah 
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan 
menyerahkan kembali kepada Amin. 

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan  mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini....... boleh saya jumpa dia" 

Amin: ????????????????.(bengang) 

Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa.....................

Selasa, 26 Julai 2011

"Salah Naik Bas", Katanya.

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelah seorang nenek. Si nenek memandangnya dari atas ke bawah, bawah ke atas,  sisi kanan ke sisi kiri, belakang dan depan, depan ke belakang…. lalu berkata,….: 

"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Segmen lagikkkk.......
haaa...siapa nak join KLIK SINI
mari lah kemari..hey..hey..hey..hey kawan...

selamat berkenalan..

Kisah: Takut Tanah ke takut Mati?

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Kisah Suami yang Cerdik


Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah hari jadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "susah mencari kereta palsu."

Kisah Penjenayah Veteran

Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.

“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”

“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!”

Isnin, 25 Julai 2011

Darah PaLesTin, Siapa Tumpahkan?

 Penerimaan Emel dalam inbox saya pepagi…. pada pukul 8.30 pagi (Isnin)………................ yang dihantar oleh Dr. Syamsul (PPPA)
=====================================
Kekejaman Yahudi menumpahkan darah umat ISLAM!!!!!
Tempat: Palestin

Lihat gambar di bawah:
================================
































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...