Kisah Diri Manusia Siri-5
WATAK:
1. BELIAU
2. DIA
Hidup di kota metropolitan yang tinggi kos sara hidup. Dengan kadar kenaikan harga barang asas, tol, cukai, minyak petrol, dan harga hartanah yang melabung tinggi menyebabkan rasa terhimpit sebahagian golongan berpendapatan sederhana.
Harga rumah di kawasan Lembah Kelang, Hulu Kelang, Ampang, Setiwangsa, Wangsa Maju, dan kawasan yang berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur telah mencecah ratusan ribu, malahan berjuta. Pangsapuri kos sederhana harganya RM300,000 dan ke atas, rumah teres setingkat RM500,00 dan ke atas, rumah teres bertingkat harganya RM700,000 hingga 2.1 juta, manakala rumah banglo tidak terjangkau dek akal kerana yang paling rendah harganya RM3 juta. Itu tidak termasuk dengan mereka yang sekadar mampu menyewa rumah, paling murah sewa di rumah pangsapuri ialah RM800.00 dan ke atas.
Bagaimana dengan nasib 'mereka' yang berpendapatan sederhana dan sekadar mengharapkan gaji bulanan? Yang sudah membeli rumah, syukur kerana berpeluang mendapat rezeki disertai usaha siang dan malam.
Ada setengah daripada orang yang tidak menanggung bahana atau masalah di kota sering mengeluarkan kenyataan "perlu usaha".
Jawab
DIA yang menanggung masalah "kami bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang, dan adakalanya kerja lebih masa hingga pukul 8.00 malam. Usaha yang bagaimana yang perlu kami lakukan?
"Berniaga 'MLM' boleh !, berniaga nasi bungkus boleh!, berniaga dan berniaga.", balas
BELIAU yang tidak pernah hidup di kota.
"Tanpa pengalaman hidup di sini, memang mudah mengeluarkan pendapat", jawab
DIA yang terkena masalah kos sara hidup di kota metropolitan.
Kesimpulan:
1. Gula naik harga, jangan makan gula. Makanlah pasir dan batu jalan (percuma).
2. Ayam naik harga, jangan makan ayam. Menjala ikan dengan usaha sendiri (percuma)
3. Petrol naik harga, jangan guna petrol. Isi dengan air sungai atau air longkang (percuma).
4. Cukai naik, kena bayar, jika tidak dibayar, disisihkan (pengkhinat).
5. Rumah naik harga, jangan beli rumah, duduk dalam reban ayam (percuma).
6. Tol naik harga, jangan melalui tol, guna jalan sungai (percuma).