Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 29 Julai 2011

GAs PenyumbaT HiDuNg

Seorang wanita muda lagi bergaya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya. Wanita muda menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita muda tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita muda  itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.
Selepas seminggu wanita itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.  "Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk dan masyuk di sanubari, hingga bergegar seluruh bulu roma saya... Namun begitu, gegaran kentut tak dengar bunyi apa-apa pun, tapi busuknya sangat dahsyat bukan kepalang", kata wanita itu. 

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor. ......... hah kata AkU !!!!?

6 ulasan :

Diana @ BKKC berkata...

ntah dah berapa ratus kali kentut depan org....hahaha....

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAAHAHAHAHAH... SAYA PON!!!!!

AKU berkata...

WALAU SY sembunyi dan slow2...... org masih x tau~~~ itu sy!!!!! haahahah

bez.amin berkata...

doc xkn gtau anything kt patient.bile sembuh, baru die gtau ngan hepi penyakit sebenar kite. kalo x sembuh, die leh r kasi ubat len lak. its playsafe :-)

Norhisham Nordin berkata...

ngahahahaha... ko ni mmg lawak arrr...

AKU berkata...

teringat zaman dikala naik bas balik kampung....... hanya tuan punya badan je tau... haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...