Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 15 Ogos 2011

Teguk Air Mayat (Kenapa dan Mengapa?)


Kuala Terengganu: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.
 inilah kain kapan yang diminta individu

“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.
p/s: Pertama khurafat + tahyul+ syirik. Kedua, jumpa bomoh / pengubat bahalol lagi tolol !!! . Ketiga, wahai muslim..... kembalilah pada agamamu !!!!!!

2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

ewww...ada lagi org kata ambik air mayat dan sapu pada kedua mata..maka orang itu mampu melihat benda halus.......

AKU berkata...

saya pernah dgr gak karipap..... mainan Jin dan syaitan la tu.... mmg teruk betoi~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...