Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 23 Ogos 2011

PeNdApAt Dia: Soal Perkahwinan


Pada saya perkahwinan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya rezeki, kadang-kadang ada orang rezekinya murah, usaha sedikit tetapi mendapat pulangan yang lumayan, ada orang usahanya banyak, pulangan sedikit dan ada orang yang usahanya begitu banyak, tiada apa-apa pulangan, sebaliknya mengalami kerugian.

Itu adalah sebagai satu contoh, bagi seorang perempuan atau lelaki yang mendapatkan suami atau isteri, perlulah dia berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana pun usaha itu perlu mendapat kesesuaian keadaan masing-masing.

Walaupun pada asasnya perempuan menanti pinangan, manakala lelaki perlu mencari bakal isteri. Tetapi jangan lupa dalam Islam, perkahwinan agung yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah bt Khuwailid.

Ia dimulakan oleh Khadijah sendiri, menghantar utusannya pada Muhammad pada ketika itu, Ummu Kalsum, dan berlakulah rundingan yang ikhlas seolah-olahnya Khadijah meminang Muhammad, pinangan diterima, maka berlakulah perkahwinan.

Ini bererti, Khadijah memulakan suatu usaha walaupun beliau berumur 40 tahun dan Muhammad bin Abdullah berusia 25 tahun. Jika dicongak pada akalnya, barangkali sukar untuk ditemukan jodoh antara seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua dari lelaki, dari hasil usaha dari perempuan sendiri.

Inilah rezeki yang menemukan jodoh mereka, menjadikan mereka sebuah keluarga yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat Khadijah. Demikian hari ini, rezeki untuk mendapatkan seorang teman hidup, perempuan inginkan mendapat seorang lelaki yang bertanggungjawab membahagiakannya, tidak selama-lamanya datang bergolek. Maka perlu berusaha. Usaha itulah yang menentukan kadang-kadang cepat berjaya, kadang-kadang tidak.

2 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

dan jgn lupe ye..walaupun khadijah lebih tua usianya dr nabi kite,tetapi ketika wafatnye dia ,dia mempunyai tubuh badan yg lebih cantik dr anak dara...

KasutKaripap berkata...

dan disaat khadijah sudah meninggal dunia..barulah rasulullah berkahwin lagi...dan berpoligami...dan baginda sering memuji khadijah sehingga aisyah pernah cemburu..

*berpoligami diterima semua wanita dengan hati terbuka dan redha andai ia benar2 dilakukan seperti Rasulullah =) *

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...