Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 20 Oktober 2010

Permaisuri

permaisuri,
Terima kasih segalanya,
Kerna sudi melabuh kasih di sudut hatimu buatku,
Walaupun ku enggan untuk mengakui,
Kau bisa memahaminya kerana hatimu dan hatiku telah bersatu.


permaisuri,
Tak bisa lagi ku jauh darimu,
Semakin ku lari darimu semakin ku dekat denganmu,
Mungkin suatu hari nanti ku akan sedar ,
Bertapa insan yang ku sering cuba lupakan itu akan terus mekar.

permaisuri,
Kenangan- kenangan lalu kita tetap ada depanku,
Sekali pun mata kasar kita tidak dapat melihatnya,
Tapi mata hatiku tetap dapat melihat semula kenangan – kenangan itu,
indahnya diwaktu kita bersama.
merasai sukaduka onak dan duri.

Ketahuilah olehmu,
Akulah PUTERA yang selalu merindumu,
Hamparkanlah kasih dan sayangmu buatku,
Lantaran sifatmu yang satu dalam seribu,
Membuat naluriku berkata kaulah
PERMAISURI hatiku.




Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...