Sahabat-sahabatku, disini aku ingin berkongsi dengan anda semua perihal sifat manusia. Penulisan ini telah ku perhatikan menerusi sebuah kitab penulisan Prof Hamka. Pelbagai falsafah yang terkandung di dalam bukunya “Falsafah Ketuhanan”. Lihat dan hayati penulisan di bawah:
Menurut penyelidikan ahli Ilmu Jiwa, jiwa manusia mempunyai tiga sudut yang penting di dalam menghubungkan diri dengan alam. Pertama perasaan, kedua fikiran dan ketiga kemahuan. Katanya, apabila persaan kita lebih terkemuka dari antara ketiga sudut ini, maka kita akan menjadi seorang Seniman. Apabila fikiran yang lebih terutama, nescaya kita akan menjadi seorang Filsuf. Dan jika kemahuan (Iradat) yang lebih terkemuka, inilah alat bahawa orangnya akan menjadi Pahlawan atau seorang Pemimpin yang terkemuka dalam bangsanya atau seorang Ahli Agama yang membawa pembaharuan.
Maka apabila kita cenderung ke dalam seni dan keindahan (estetika), cubalah rasai adanya Allah di dalam keindahan alam. Fikirkanlah, siapakah dan apakah kekuatan atau tenaga yang menyebarkan keindahan ini, sehingga Nampak segala sesuatu dengan tersusun dan teratur?
Tiada ulasan :
Catat Ulasan