Geng Warung Pak Jabit

Jumaat, 1 Oktober 2010

Jampi

Perkataan jampi dalam bahasa Arab disebut seperti Ruqyah bererti perlindungan, iaitu berlindung daripada segala keburukan. Ia juga dikenali sebagai Al-mu’awwizat atau At-ta’awwuz, juga bererti perlindungan. Penggunaan nama ruqyah lebih terkenal. Menurut Ibn Athir, ruqyah ialah meminta pelindungan menggunakan jampi kerana sakit ataupun demam, gila dan sebagainya. Dalam hadis, riwayat Abu Daud dalam sunahnya dijelaskan, daripada Auf bin Malik ia berkata, kami pernah menggunakan jampi mantera ketika zaman jahiliah. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah, apakah pendapat tuan mengenai perkara ini? Baginda menjawab: Perdengarkan kepadaku jampi kamu itu, tidak mengapa selagi ia tidak mengandungi syirik. 
Mengenai soalan yang berkaitan ayat-ayat Al-Quran, kandungan hadis ataupun doa dalam jampi mantera ataupun serapah, perlu dijelaskan bahawa sebutan-sebutan seperti ini juga tidak menjamin bahawa kewujudan kalimah-kalimah ataupun ayat-ayat tersebut menjadi alasan atau bukti bahawa amalan yang dilakukan itu sesuai dengan ajaran Islam. Begitu juga kalimah-kalimah yang memperlihatkan adanya pengaruh Islam. Kalimah-kalimah tersebut seperti sebutan nama malaikat, Rasul atau Nabi, khalifah, kalimah-kalimah berkat ataupun rangkaian kata syahadah yang digunakan dalam ungkapan jampi mantera ataupun serapah. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran seperti dijelaskan, juga kalimah-kalimah yang mengandungi unsur-unsur pengaruh Islam pada hakikatnya lebih banyak mengelirukan. Dalam banyak hal, kalimah-kalimah tersebut dicampur adukkan dengan nama-nama jin yang tidak diketahui hakikatnya, juga kata-kata yang tidak difahami maknanya, tidak dapat ditafsirkan dengan tepat. Ungkapan seperti ini terdapat dalam jampi, mantera dan serapah yang digunakan oleh mereka yang melibatkan diri dengan ilmu kebatinan Melayu, terutama untuk rawatan dan persembahan teater tradisional.


2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

Bismilah botol kicap ade x??

AKU berkata...

hahaha..... cap kipas je ade~~~ hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...