Aiman atau nama sebenarnya Nor Aiman. Seorang pekerja pejabat disebuah syarikat penerbitan buku bacaan. Beliau bekas pelajar disebuah intitusi Pengajian Tinggi Awam dan telah bergraduat pada tahun 2008. Umur beliau telah menjangkau 25 tahun dan masih bujang lagi.. adeh bila nak kawen bro??... haha..
Sifat yang dimiliki olehnya adalah seorang yang kemas dan tesusun. Pernah suatu ketika, beliau bergaduh dengan rakan karibnya gara-gara biliknya bersepeh akibat perangai kwn2nya. Gaduh yang melanda cm tsunami, 2 minggu tidak bertegur sapa.. teruknya... tapi sekarang dah jadi makin rapat, kawannya dah xberani suke ati masuk biliknya apatah lagi meminjam tuala darinya. Biasanya, tuala, boxer, stoking kita orang main pinjam meminjam je.. tapi sekarang x lagi, semua dah besar.. dah macam bapak orang sekor-sekor.. haha
Selain itu, beliau mudah tensen, tekanan, sakit kpala, “sumbat”, sumpah seranah kalau melihat benda-benda kotor, bersepah, berselerak.... kerana matanya amat sensitif pada benda yang mengharu biru otaknya... Beliau beranggapan bahawa, kesan tekanan pada rumah/bilik bersepah lebih hebat dan besar daripada kesan gaduh gan awek.... itulah perangainya..... huhu
Pernah suatu ketika, si Aiman ni gaduh gan adiknya kerana bilik adiknya bersepah akibat banyak sgt buku yang diguna paka masa study.... klu sepahkan bilik dia xpe gak, ni bilik adiknya.. tu pun nak marah....tapi xleh salahkan Aiman... sbb perkara sepah menyepah dimatanya dia x suka... dan pantang baginya... dan kalu dia tekanan, mulalah nak cari DUNHILL, WINGSTON... lepas isap... bau kat umi... kena maki hamun 4 hari 4 malam.. tp kekuatan sabar si Aiman bole tahan la.... tahan je telinga.... haha.... si Aiman kena sekat kewangannya, kesannya umi x bagi duit saku pergi sekolah selama 1 minggu..... kejadian ni berlaku semasa Si Aiman tgh study STPM. haha
Sifat kemas mengemas ni terpegaruh daripada perangai kakak sepupunya. Aiman mmg rapat gan sepupunya, tido sama gan kakak sepupu tiap hari minggu malah boleh dikatakan tiap hari masa kecil dan belum dipotong uhuknya. Dulu kecil bole la. Mmg anggap kakak sendirila waktu kecil-kecil... manja nak mampos si Aiman ni.
Masa si Aiman usia 8 tahun, kakak sepupunya mmg ajar dia kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan, siram pokok bunga, dan bermacam-macam aktiviti yang dibuatnya. Sejak saat itulah, darahnya mengalir dengan darah kemas mengemas... tamat.....sekian.... Aiman tak kesah~~~~
Tiada ulasan :
Catat Ulasan