Nilai Panggilan Ganti Nama Diri
Nama panggilan dari segi ilmiahnya dikenali sebagai Kata Ganti Nama Diri. Kata ganti nama diri ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata ganti nama diri tanya, dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama seperti awk atau saya tergolong dalam kategori kata ganti nama diri peringkat kedua.
kebiasaannya, panggilan sangat penting dalam apa jua perhubungan samada hubungan diantara suami isteri, tunang, sahabat, kawan-kawan, ibu bapa, adik beradik dan masyarakat sekitarnya. Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan hati, jangan memandang remeh akan soal panggil memanggil ataupun perbualan. Adakalanya perbualan menjadikan hubungan bertambah erat dan adakalanya hubungan bertambah renggang… beringat-ingat bila berkata-kata terutamanya soal panggilan pada seseorang.
Dalam persahabatan, panggilan ganti nama diri seperti “aku”, “kau” ( dalam rasmi) manakala dalam (dialek Kelantan) seperti “ko”, “hoi”, “nate”, “nate gilo”,“wei bengong”, “wei tahik”, “wei kuba”, “wei lembu!”!! pelbagai istillah yang diberikan pada seseorang. tapi perlu diketahui, tiap nama panggilan adakalanya menjadi pergaduhan dan x nafikan ia juga mengeratkan lagi perhubungan persahabatan.
Dalam percintaan, panggilan ganti nama diri seperti “aku”, “kau”, “saya” dan “awak”. Ini biasanya dipertuturkan oleh pasangan masing-masing. Perlu diingat bahawa percintaan yang akan menimbulkan rasa kesetiaan pada pasangan adalah bermula dengan panggilan yang baik. Tidak semestinya “sayang”, “honey”, “bucuk”, “yang” dan lain-lain. Panggilan ini amatlah sesuai dipanggil ketika dalam perhubungan suami-isteri.
Percintaan semestinya diakhiri dengan satu Perkahwinan. Itulah cita-cita setiap manusia yang memiliki pasangan yang baik, dan ingin penulis katakan, jika percintaan yang inginkan satu perkahwinan amatlah sesuai bagi pasangan memanggil dengan panggilan yang baik seperti “Awak dan Saya”. Inilah tanda aras bagi mengukur sejauh mana nama panggilan dititik beratkan dalam perhubungan. Pada pasangan sekalian, adakah kamu mengambil berat akan hal sebegini? Tanya hati masing-masing.. dimana harga sebuah nama panggilan..!!!
karya digocoh teruk oleh Nor Balqis. original.. karya waktu lunch. hidup sihat tanpa rokok. hahaha… 4/10/2010/Isnin.
1 ulasan :
kemah kemin mu nor..
tgk lak blog ak ni..
http://kijerans.blogspot.com/
Catat Ulasan