Geng Warung Pak Jabit

Ahad, 24 Oktober 2010

Fikirkanlah Duhai Akalku

Iman bererti Percaya, Islam yang bereti Menyerah dengan Segala Senang Hati dan Rela, timbulnya setelah akal itu sendiri sampai kepada hujung perjalanan yang masih dapat dijalaninya. Oleh sebab itu, maka bertambah tinggi perjalanan akal, bertambah banyak alat pengetahuan yang dipakai, pada akhirnya bertambah tinggi pulalah martabat Iman dan Islam seseorang.

Nabi Muhammad s.a.w pernah mengatkan “ Agama itu ialah akal. Dan tidak ada agama pada orang yang tidak berakal”.

Maka Iman atau Islam yang hanya dipusakai atau hanya dikerjakan kerana turut-turutan, belumlah tentu kesempurnaannya. Meskipun bagaimana teguhnya mereka memegang segala pokok agama, maka pegangan itu mudahlah lepasnya, kerana pertahanan tidak ada didalam lubuk kesedaran jiwanya sendiri. Seumpama orang kampung di dalam masyarakat mereka yang agama telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sehari-hari tiba-tiba pindahlah dia ke kota. 

Maka kian sehari kian tinggal akan prinsip agama itu daripada dirinya, kerana orang di kiri kanannya sudah berubah sama sekali daripada yang dipergaulinya dahulu. Hal ini disebabkan agama dikerjakan hanya kerana turut-turutan.
Renung-renungkan bersama.

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...