Geng Warung Pak Jabit

Selasa, 21 Disember 2010

Penakluk Jurusalem

Novel sejarah tokoh islam “Salahuddin Al-Ayubi” telah aku baca sebanyak 2 kali. Namun, aku masih ingin membacanya….. Novel tersebut banyak mengandungi nilai etika, kepimpinan, pengajaran, dan mesej yang disampaikan.

Sinopsis:
Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

Ringkasan:
Ada dua kesan yang menyebabkan Salahuddin dipandang sebagai kesatria sejati, baik oleh kawan maupun lawan:

Pertama adalah soal kepiawaiannya dalam taktik pertempuran. Kedua tentang kesolehan dan sifat penyayangnya.Pendidikannya juga seperti orang kebanyakan, mempelajari bidang agama, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri.

Tiada seorang pun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib, anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat!!!!!!!Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerah kan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku”. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Tawan Baitul Muqaddis

Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. Salib yang terpampang di “Dome of Rock” telah diturunkan.Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu. Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini.

Tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah.

…………….. dapatkan Novel Salahuddin Al-Ayubi, penulisnya Abdul Latip Talib. Sekian……..

Penakluk Agung: Salahuddin Al-Ayubi

4 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

Salahuddin dan Rsulullah S.A.W idola saya

Jack_bb3 berkata...

salehudin ..dlu lah,dier nie x suka beperang sbb kes abg dier syhid di medan jihad melwn tentera salib, tp dier suker berniaga gan member dier Tariq B Ziat(jagung memanah)..dulu2 lah..

AKU berkata...

jack: ya.. mmg salahuddin seorang peniaga.. tp, disbbkan gerak hati yang diberikan dr Allah, beliau menjadi pemerintah terhebat......

AKU berkata...

tanpa nama: ya...... ini juga idola saya...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...