Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 30 Disember 2010

'Mereka' dan 'Aku'

Masa berlalu dengan pantas, sepantas jam berdetik. Setiap kali aku mengenang kenangan manis, saat itulah aku merinduinya, merinduinya ialah “mereka-mereka” yang bergelar sahabat. Sahabat yang baik sukar dicari, musuh ketat amat mudah didampingi.
Kami sepasukan merupakan peneraju buat kolej kesayangan pada sesi 2009/2010.

Dikenalinya Majlis Tertinggi Mahasiswa(MTM). Peneraju utama ialah sang rimau (Tiger). Aku lah sebagai pendamping setia ke mana sahaja, bukan pendamping malam atau belaan saka haha. Kenali beliau dari zaman junior, memang tidak dapat dipisahkan.

Pada masa itu juga munculnya puak pendamai dan kekadang menjadi puak pemusnah sasana sepi, mereka dikenali “Geng Stone Cold”. Kumpulan yang bersuara lantang, banyak mengkritik, dan banyak memiliki barang artistik. 

Pada masa itu juga muncul “Geng Penunggu Gunung Raya” di bilik keramat. Bilik yang menjadi gerakan gerak kerja bagi setiap program yang diadakan di kolej. Penunggu yang begitu rajin rajin mengemas, bermain facebook dan pelbagai. 

Alhamdulillah..... 

segala pembaharuan dari sudut pentadbiran dapat kami perlihatkan. Dari program blok, program kolej dan mercu tanda kejayaan setelah program ASEAN dapat kami jalankan dengan begitu baik dan sempurna. 

Semoga kita kekal sebagai sahabat yang baik, sekian.

6 ulasan :

KasutKaripap berkata...

pembaruan??? pembaharuan...

KasutKaripap berkata...

hahahahahha...

AKU berkata...

hahahahahhahahahaha................. salah eja lagi.....

AKU berkata...

terlalu cpt menulis la... x sempat nak chek.. janji karya asli..... hahaa

KasutKaripap berkata...

POTONG MARKAH!

AKU berkata...

hahahahaha..... x potong pon... mmg kupik!!!!hahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...