Khamis, 23/12/2010, jam menunjukkan pada pukul 8.10 malam. Langkah ku menuju ke tempat khazanah ilmu. Tanpa berfikir panjang tentang harga, ringan menghulurkan duit sebanyak RM 14.00 dikaunter. Mudah-mudahan, buku yang menceritakan kisah Ikramah, dapat menambahkan lagi kesedaran dan pengetahuan.
Sinopsis
Sebelum memeluk Islam, Ikramah dikenali kerana kebijaksaannya, juga dikenali kerana sangat memusuhi Nabi Muhammad kerana dia adalah anak Abu Jahal. Kebencian Ikramah kepada Nabi Muhammad semakin bertambah setelah kematian ayahnya dalam Perang Badar.
Namun, hidayah itu datangnya dariapada Allah untuk sesiapa yang Dia mahu. Ikramah akhirnya dikurniakan hidayah dan menjadi antara sahabat yang sangat mencintai Rasulullah. Keinginannya untuk menghancurkan Islam berganti dengan jihad fisabilillah. Dia sanggup menyerahkan semua miliknya bagi Islam. Ketika nabi-nabi palsu muncul, Ikramah bermati-matian membela kesucian Rasulullah.
Berhasilkah Ikramah membersihkan nama Rasulullah daripada tangan-tangan kotor nabi-nabi palsu? Bagaimana pula perjuangannya dalam menwujudkan cita-cita syahid di jalan Allah?
Ringkasan dan renungan:
Sebelum memeluk Islam, Ikrimah pernah membantu bapanya Abu Jahal melemparkan najis kepada Nabi Muhamad SAW yang ketika itu sedang sembahyang di depan Kaabah. Pada hari yang lain, dia membantu bapanya mencekik leher Rasulullah. Malah dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Nabi Muhamad SAW dibunuh.
Ikramah turut serta dalam perang Badar dan Perang Uhud dengan tekad hendak membunuh Nabi Muhamad SAW tetapi tidak berjaya. Namun dendamnya kepada utusan Allah itu kian membara. Tambahan pula setelah ayahnya (Abu Jahal) terbunuh dalam perang Badar.
Pada hari Rasulullah SAW memasuki kota Mekah, Ikramah cuba menghalang tetapi berjaya dikalahkan oleh Khalid bin Walid. Ikramah melarikan diri ke Yaman. Tetapi kedatanganya tidak dialu-alukan oleh Raja Yaman menyebabkan Ikramah pergi ke Habsyah. Semasa dalam pelayaran kapal yang tumpanginya dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang dalam kapal itu berdoa dan Ikramah turut berdoa kalau selamat dari bencana itu dia akan kembali ke Mekah untuk menemui Nabi Muhamad. Atikah, isteri Ikramah memeluk Islam lalu menemui Nabi Muhamad dan merayu supaya suaminya dimaafkan. Rasulullahmenerima permohonan itu. Kemudian Atikah mencari suaminya untuk dibawa pulang ke Mekah.
Kepulangan Ikramah ke Mekah sampai ke pengetahuan Nabi Muhamad SAW. Baginda amat gembira dan menyambut kedatangan Ikramah dengan berkata, SELAMAT DATANG WAHAI PAHLAWAN YANG TELAH BERHIJRAH. Ikramah amat terharu dengan kebaikan yang ditunjukan oleh Rasulullah lalu menyatakan hasratnya ingin menganut agama Islam.
Setelah masuk Islam, Ikramah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Nabi Muhamad. Setelah baginda wafat ramai yang murtad malah ada yang mengaku menjadi nabi. Khalifah Abu Bakar melantik Ikramah memimpin tentera bagi memerangi mereka yang enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi palsu.
Kemudian Ikramah menyertai tentera Islam ke Yarmuk. Tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang bertempur dengan tentera Rom yang berjumlah 240,000 orang. Setelah berlaku pertempuran sengit selama beberapa hari belum ada tanda-tanda pasukan mana yang menang. Akhirnya Ikramah mendapat satu idea. Dia membentuk satu pasukan tentera berani mati seramai 400 orang. Kemudian mereka mengempur musuh menyebabkan pertahanan tentera Rom kucar kacir.
Keberanian Ikramah dan pasukan tentera berani matinya menaikkan semangat tentera Islam. Mereka turut menyerbu ke arah musuh lalu berjuang bermati-matian sehingga beroleh kemenangan. Ikramah menemui Syahid di Yarmuk.

Sekian….. Wassalam….. Renungan dipagi Jumaat.
Pahlawan Terhebat - Ikramah
Penaklukan Kota Mekah
1 ulasan :
emm..bknkn syaitan yg mymar jd manusia hdir pd mesyuarat tuer.. yg mencdgkn spy Muhammad di bunuh??yg laen just follow jerr...
Catat Ulasan