Selasa, 11/12/2010, cuaca kelihatan baik…. sedikit mendung menantikan turunnya titisan dari awan (hujan). Jasad dan rohku membonceng bini keduaku dengan seberapa pantas yang mampu… Aku dapat rasakan …. Akibat terpengaruh dengan cerita hikayat Amir Hamzah, motor semputku dapat ku rasakan seperti menunggang kuda dengan kelajuan 7 kuasa kuda.
Sampainya didestinasi ilmu, tanganku menggapai satu naskhah buku…. terkandungnya 350 page… Mencabar minatku untuk membacanya. Terus ku beli tanpa soal siasat, kernanya,….. aku rela…. Hikayat Amir Hamzah jilid 2.
Tertanam target untuk memiliki jilid ke-3. Siapa yang sudi membelinya? menghadiahkan? padaku……. ku memerlukan……..
Jilid ke-2 mengisahkan pengembaraan Amir di alam jin, perkahwinan dengan kekasihnya iaitu Puteri Mahar Negara anak kepada Raja Nusyirwan, pertarungan dengan tentera kafir dan akhirnya ramai diantara mereka memeluk Islam, kedengkian raja kepada Amir hamzah, Kelahiran dan pertemuan Amir Hamzah dengan anak dan cucunya (bangkit menjadi panglima tentera terhebat) dan sebagainya. Lihat contoh dibawah:
Amirul Mukminin (Amir Hamzah) Melawan Jin Infrit….. dan Raja2 Jin Kafir
Tentera Pahlawan Amir Hamzah Menentang Malik Bahaman
Tentera Pahlawan Amir Hamzah Menentang Tentera Raja Nusyirwan
Tentera Pahlawan Amir Hamzah Menentang Tentera Raja Zubin
Tentera Pahlawan Amir Hamzah Menentang Tentera Raja Hamun
Pertarungan Amir Dengan Anaknya Umar Bin Hamzah
Anda ingin tahu? Belilah…. x kan myesal…… Membacanya seperti anda sedang berimaginasi berada di alam kepahlawanan beliau…..Selamat Membaca….
Tiada ulasan :
Catat Ulasan