Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 6 Disember 2010

Amir Hamzah

Ahad, 5/12/2010….. walaupun berat rasa hati untuk keluar daripada hotel 5 star…. namun, tetap ku gagahi langkahku…… mencari benda yang sudah lama aku inginkan selama ni.
….…. “Wah…… buku ini….!!! Alangkah gembiranya jika aku salah seorang pahlawan/panglima pada zamannya…” kata hati kecilku sambil meneliti sinopsis buku… “Terasa kagum dengan keperwiraan Tokoh Islam iaitu Amir Hamzah……”
Sinopsisnya: Hikayat Amir Hamzah mengisahkan peristiwa yang berlaku pada abad ke-7 sebelum kedatangan Islam hingga membawa kepada kedatangan Islam. Ia menceritakan kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam bernama Amir Hamzah. Pahlawan yang dimaksudkan dalam cerita ini ialah Saidina Hamzah, pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud menentang tentera Quraisy.
Buku ini mengisahkan tentang riyawat hidup Amirul Mukminin “Amir Hamzah” yang menegakkan kalimah Allah. Kisahnya bermula dari saat dia kecil, remaja dan dewasa.

Sedikit ulasan ringkas: Sahabat karibnya bernama Umar Umaiyah begitu setia padanya. Waktu kecil, mereka sering bermain bersama-sama. Kisah-kisah nakal Umar Umaiyah sering membuatkan Amir Hamzah ketawa terbahak-bahak. Amir Hamzah mempamerkan kehebatannya dari aspek kepimpinan, kekuatan semangatnya dan kehebatan fizikalnya, manakala kehebatan Umar terserlah dari aspek kecerdikan akalnya. Dua sahabat akhirnya dikenali sebagai panglima teragung pada usia yang begitu muda..……

Gambaran kehebatan dan keistimewaan Amir Hamzah sebenarnya sudah mula dikesan sejak beliau kecil lagi. Seorang Menteri Raja Kobat Syah yang bernama Khoja Buzur Jumhur Hakim telah meramalkan akan kehebatan Amir Hamzah apabila beliau besar nanti, dengan berdasarkan kepada tanda tahi lalat hijau yang terletak di antara dua kening Amir Hamzah yang menurut Jumhur Hakim, itu adalah tanda keagungan daripada keturunan anak cucu Nabi Allah Ibrahim. Jumhur Hakim yakin bahawa: "… budak inilah yang membuka agama Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w., ialah yang empunya tujuh qiraat daripada al-Quraan dan ialah yang menghukum tujuh penjuru dunia dengan mengalahkan negeri-negeri yang besar …." (Novel Amir Hamzah)

Aku tidak menyesal…… aku tidak menyesal memiliki buku ini…. sangat berharga apa yang aku perolehi… ini baru jilid pertama…. ada 2 jilid lagi…. ada duit lebih nanti …. aku nak beli lagi.. hehehe…Selamat Membaca~~

3 ulasan :

KasutKaripap berkata...

sy dah baca jilid 2 dan 3...muahaha

AKU berkata...

hah??? dah baca..... tipu la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AKU berkata...

ooooooo.. baca online la ni... x best online... x trasa roh pembacaannya~~~ hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...