Geng Warung Pak Jabit

Khamis, 9 Disember 2010

Senyum dan Janji

Apabila bertemu, ukirkan senyuman walau kamu dalam kedukaan… pasti dia merasa senang. Dengan itu, kesenangan akan diperolehi bersama-sama. Benarlah bahawa senyuman itu penawar dan ubat yang paling berkesan untuk mengubat jiwa sanubari. katakanlah “YES”.
 
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh HR. Muslim, Rasulullah berpesan, “Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”.
Apabila berjanji, tunaikan janji…. kerana ia tuntutan yang bermakna dalam sebuah ikatan persaudaraan. Apabila sesuatu hal yang sama berulang, sedikit demi sedikit mengeruhkan ikatan silaturahim malah ia menjadi “pembunuh berbahaya” ketika mereka berjauhan. Apabila kita menyedari kelemahan dan kekurangan diri, segera memperbaikinya. Walau kita tahu, bukan 100% dapat mengubahnya, tapi cubalah….…….…… 

Kesimpulannya, bangun dari tempat beradu, sebutlah nama tuhanmu…… syukur padanya….…………. Sekian…… hehehe……

Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...