Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 20 Disember 2010

Penakluk Konstantinopel

19/12/2010, ahad, tepat jam 9.00 pagi, aku keluar dari tempat beradu semata-mata ingin mencari sebuah novel sejarah tokoh Islam “Muhammad Al-fateh. Aku beli edisi jimat berharga RM 13.00 sahaja… tidak rugi menghabiskan duit kerana ilmu…… tidak dihiraukan makan nasi hanya sekali sehari.. janji bacaan ni dapat aku miliki…. 

Siapakah Muhamamad Al-Fateh sehingga beliau dan tenteranya digelar sebagai “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera”? Baginda menaiki tahkta ketika berumur 19 tahun. Cendekiawan ulung pada zaman ini fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Baginda sentiasa bersifat tawadhuk dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama dan menteri terpaksa ikut sama bekerja.Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. 

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Untuk kisah selanjutnya… dapatkan buku Muhamad Al-Fateh penulisnya Abdul Latib Talib. tidak menyesal memilikinya….

Penakluk Konstantinopel.....

2 ulasan :

Jack_bb3 berkata...

Raja ni la yg dikata kn rosulullah semasa megali parit(prg khandaq)..pasal percikan cahaya dr batu..^-^ bygkn lah dier x pernah tigal solat fardu, rawatib n tahjud sejak dilahirkn ke dunia..tuer blh tawan istanbul pd umur 19 thn, yg umur time tuer ak kt U...tingtong lg..

AKU berkata...

subhanallah~~~~~~~~~ menjadi idola ... dan teladan buat muslimin muslimat...........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...