DOKTOR, saya amat malu dan rasa bersalah pada diri sendiri. Bermula sebagai gadis kampung yang lurus, saya kini berubah seolah-olah 'melacurkan' diri saya. Kisah tragis saya bermula dengan keindahan percintaan dengan bekas teman lelaki. Biarkan saya namakan dia sebagai A. Kata orang, cinta pertama begitu mengasyikkan dan penuh keindahan. Percintaan saya dengan A lima tahun lalu adalah saat-saat indah hidup hingga membayangkan dialah lelaki pertama dan terakhir hadir dalam hidup saya. Tetapi, saya diuji apabila A meninggalkan saya tanpa memberikan sebarang sebab dan alasan.
Saat itu, hancur luluh hidup saya. Dari jauh saya dengar A berkahwin dengan gadis pilihan keluarga. Kekecewaan dicampur dendam membara meliputi keseluruhan hidup dan saya bertekad akan mendapatkan kembali cinta A. Berita yang saya dengar, A tinggal bersama dengan isteri di rumah mentua. A juga seorang anak menantu yang baik dan sering terbabit dengan aktiviti sosial di tempat tinggalnya.
Untuk pengetahuan Dr, saya dan A sama-sama menuntut di universiti. Kerana emosi kecewa dan penuh dendam ditinggalkan A, saya mengambil langkah menghubunginya kembali tanpa menghiraukan A beristeri dan mempunyai dua orang anak. Bayangkan Dr, daripada seorang gadis kampung yang tidak tahu cara-cara melakukan hubungan seks, saya 'bertukar rupa' menjadi gadis yang menjadikan seks sebagai cara mendapatkan A.
Saya berjaya membuatkan A kembali kepada saya sehingga kami beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu. A memberitahu saya dia tidak pernah mendapat layanan seks begitu indah daripada isterinya. Dr, saya tahu apa yang saya lakukan itu adalah berdosa. Walaupun dapat membuatkan A kembali, saya sedih kerana seolah-olah 'melacurkan' diri.
Saya juga marah pada diri kerana merosakkan kehidupan seorang lelaki yang taat dengan ajaran agama untuk melakukan zina. Walaupun masih mencintai A, saya malu dengan diri dan enggan merosakkan rumah tangga A.
Tolonglah Dr, saya tidak sanggup menanggung kesengsaraan kerana merasakan diri saya sangat hina.
KESAL
Kedah
TIDAK dapat dinafikan cinta yang tidak kesampaian akan membawa kepada perkara yang tidak selesai. Apatah lagi apabila ditinggalkan tanpa diberitahu punca kepada perpisahan itu. Walaupun, perasaan cinta amat indah, terlalu bergantung kepada kenangan dan keindahan cinta boleh merobekkan perasaan jika cinta musnah di tengah jalan. Apabila ditinggalkan terkapai-kapai, memang akan memberi kesan kepada orientasi berfikir dan tingkah laku seseorang seperti mana adik alami. Dr memahami perasaan hancur luluh itu.
Perasaan bersalah dan malu adik adalah langkah pertama untuk melihat kembali apa sebenarnya yang diingini dalam hubungan semula cinta dengan A. Jika merasakan perlu mendapatkan A semata-mata untuk menyelesaikan perasaan marah, kecewa dan dendam, tidak hairanlah adik merasa seolah-olah melacurkan diri.
Apatah lagi apabila adik menggunakan seks sebagai alat untuk mengikat A. Selain daripada terbabit dengan perkara dilarang agama, adik menghukum diri sendiri. Bermodalkan setitis kebencian di dalam hati, ia membuahkan penderitaan. Adik menanggung kesengsaraan kerana cinta kepada A bukan lagi atas sifat cinta sejati, tetapi lebih kepada keinginan untuk memenuhi perkara yang tidak selesai.
Kemungkinan juga A kembali kepada adik bukan kerana cintanya, tetapi kerana keseronokan seks yang dinikmati. Nilai semula matlamat adik untuk menjalin hubungan dengan A. Jika adik merasakan ia lebih membebankan sehingga menyebabkan merasa seperti melacurkan diri, lepaskan A kerana dia memiliki kehidupan berkeluarga.
Merosakkan kehidupan keluarga A memanjangkan lagi perkara yang tidak selesai dalam hidup adik. Penderitaan dan kesengsaraan adik akan berterusan. Adik perlu hilangkan segala kemarahan dan dendam kerana cinta sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Ini bermaksud tidak semestinya adik memiliki A untuk mencintainya.
Melihat A bahagia dengan keluarganya dan tidak melakukan perkara terkutuk dengan A adalah sebahagian daripada pengorbanan cinta sejati. Kalahkan kejahatan dengan kebajikan, kalahkan kesombongan dengan kejujuran.

Sekian….. petikan Metro/16.12.2010/Rabu
Tiada ulasan :
Catat Ulasan