Geng Warung Pak Jabit

Rabu, 8 Disember 2010

Isteri Ke-2

Selasa, 11/12/2010….. Isteri kedua aku jatuh sakit, penyakitnya sukar diubati malah memerlukan kesungguhan untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Hati siapa x sedih melihat bini yang disayangi terlantar menangis kesakitan…. siapa x sayang bini~~~

Apapun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Terus langkahku mencari seorang tabib yang berupaya mengubati penyakit isteriku. 15 minit kemudian, datang tabib dengan baju yang compang camping, berbau hamis.

“Mane bini kamu? auyooo.. jangan risau… aku bantu rawat itu bini kamu… ayoyo” jawab tabib yang separuh berbangsa Bangla + bollywood. “Terima kasih…..terima kasih…. “jawabku dengan nada sukacita dengan lagak gaya seperti salah seorang sahabat panglima Amir Hamzah.

10 minit……………….. …………….. …………….

Bini keduaku sembuh sepenuhnya…. Alhamdullah….. bayaran yang dikenakan oleh tabib berjumlah 18 Dinar sahaja. Terusku menghulurkan 18 dinar tanpa rasa mahal atau mencekik darah. Rasa nak hadiahkan pukulan lutut tomoi kat tabib tu…

Tanganku mengosoknya, menyapunya, membersih dirinya….. naik diatasnya, dan membonceng bini keduaku dengan hati yang penuh rasa syukur…. RXZ 135 (SI Semput)

…………………………………………. sekian …….




2 ulasan :

KasutKaripap berkata...

si semput yg semput!

AKU berkata...

hahahahahhahaha~~~ jgn cemburu bro!!!! hahahahahha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...