Sahabat dan kawan adalah suatu istillah dan pengertian yang berbeza. Tetapi perbezaan ini bergantung pada individu yang mentafsirkannya. Pendapat penulis, kawan boleh disamakan dengan manusia yang berhubung dengan kita tetapi kisah pribadi tidak dikongsi bersama, manakala sahabat sesorang yang rapat dan semakin hari terjalinnya kasih sayang antara dua hati, malah, soal pribadi juga dikongsi bersama, termasuklah pribadi yang bercirikan susah dan senang.
..............................................................
Walaupun begitu, tidak semua di dalam dunia ini dapat dijadikan sahabat. Kebanyakannya hanya ada ketika waktu senang. Tidak ramai yang akan menangis bersama. Sahabat yang baik akan menasihati jika kita salah. Sahabat bepenyakit akan membawa kita bersama-sama mereka membuat maksiat. (group zina, geng dedah aurat, kepala arak, mat dadah, kaki buli, kaki kelentong, minah mengumpat, kaki judi, kaki nombor, mamat skodeng, dll)."Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (Hadis Riwayat al-Hakim)
2 ulasan :
sahabat dunia akhirat sukar di cari..tapi bila dah jumpa..hargai sebaik yang mungkin =)
ya karipap..... mmg ramai kekawan... tp, x semua ia sahabat~~~~~~~~~~~~~~
Catat Ulasan