Pernah suatu ketika, aku bersama dengan seorang pengubat paranormal atau dalam bahasa yang mudahnya ialah bomoh. Semasa berusia 15 tahun, beliau telah berkecimpung dalam dunia perbomohan, gurunya dari seorang tua yang berasal dari tanah jawa. Sekarang usianya mencecah 35 tahun. Kepakarannya seperti mengubat penyakit gangguan makhluk halus, mencari barang yang hilang, penyakit kulit dan seumpamanya.
..........................................................................................................................
................................Sekadar Gambar Hiasan .................................
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
Bagi seorang pengkritik, amalan membantu manusia yang mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu penyakit adalah sangat murni, tetapi, amalan kebatinan si pengubat ini yang salah, malah meruntuhkan syahadahnya sebagai seorang muslim. Secara ringkasnya "nait betul, cara yang salah".
Mengapa pengkritik mengatakan salah ? mesti ada sebab musababnya,. Antaranya cara pembacaan mantera yang diguna pakai, kepercayaan terhadap kuasa ghaib pada benda-benda seperti batu geliga ular, geliga lipan, geliga harimau, sayap burung kasawari, dan sebagainya.
"Mantera jenis pe yang pakcik baca?,, tanya aku, sambil menyapu kedua tangan yang dipenuhi debu halus. "Oh, ni jenis mantera pendinding diri, di baca untuk menghindar diri dari mendapat malapetaka dan bencana", jelas pak cik. "Boleh tak pak cik baca mantera tu, saya mau dengar isi bacaanya", tanya aku lagi. "Boleh, tak de masalah...., serta merta bacaan dari mulut si bomoh:
wahai malaikat datang ke kekananku,
wahai malaikat datang ke kiriku,
wahai malaikat datang di belakang ku,
wahai malaikat datang di hadapanku,
jagalah aku empat penjuru,
supaya tiada yang mengenaiku,
berkat Lailahailallah.
"Teruk, teruk, apa kejadah, memohon perlindungan dari malaikat...... rukun Iman hanya menuntut manusia untuk memperakukan kewujudan Malaikat, bukan memohon perlindungan darinya. Mantera pakcik tu, menyeru perlindungan dari malaikat, manalaka keberkatan mau dari Allah...!!!. Syrik memperduakan Allah pakcik...... mohonlah perlindungan kepada Allah, hanya Allah berhak disembah", ucapan dari mulut sang pengkritik kepada bomoh yang berada di hadapannya. ........................... Lokasi dirahsiakan... waktu kejadian 4.30 petang,.... Wassalam.
P/s: jangan amal mantera di atas..... jangan amalkan.... itu pemujaaan pada makhluk. Hanya info kepada khlayak pembaca sahaja..... sekian.
2 ulasan :
mantera ni cam best jah..haha
hahahaahahaha~~~~ wei karipap.... jgn amal atau suke2 dok guna... btukar jadi karipP BASI nanti... hahahahaa
Catat Ulasan