Sambungan dari topik http://sukmabintara.blogspot.com/2011/05/dunia-kini-syiah.html yang telah dibicarakan. topik ini menjelaskan tentang Aliran-aliran Syiah.
Dalam golongan Syiah, banyak tumbuh aliran-aliran kepercayaan. Ada 4 golongan Syiah yang boleh dikatakan secara rasminya dianuti oleh sebahagian masyarat dunia masa kini, dan empat golongan ini berpecah menjadi berpuluh-puluh aliran lagi. Keempat aliran utama Syiah itu ialah:
1. Aliran Ghaliyyah: Menganggap Ali dan para imam mereka sebagai tuhan di bumi dan tuhan itu wujud (jelmaan) ke dalam tubuh para pemimpin Syiah. Tuhan juga termasuk (jelmaan semula) kepada para pemimpin. Kepercayaan seperti ini boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan kepercayan yang dianuti dalam agama Yahudi dan Nasrani. Yahudi mempersamakan tuhan dengan makhluk manakala nasrani mempersamakan makhluk dengan tuhan.
2. Aliran Rafidah: golongan ini yang menolak kekhalifahan Abu Bakar dan Umar dan mengatakan semua sahabat Rasulullah adalah kafir kesemuanya, melainkan Ali. Hal ini, mereka berpendapat sahabat2 spt Abu Bakar dan Umar mendahului Ali menjadi Khalifah. Aliran ini percaya bahawa Ali adalah Maksum.
3. Aliran Al-Zaidiyyah: aliran ini mengikut Zayd bin Ali bin Husayn bin Ali r.a, yang mempunyai kepercayaan bahawa pimpinan negara hendaklah ditangan keturunan Fatimah. Kepercayaan mereka bahawa tuhan itu suatu benda dan pengetahuannya adalh suatu benda. Tuhan dikatakan berkuasa tetapi kekuasaannya adalah suatu benda, tuhan tidak berpengetahuan dan mendengar tidak dengan pendengaran.
4. Aliran Imamiyyah: menyakini kesucian imam 12 yang dimulai dengan Imam Ali bin Abi Talib, (termasuk cucunya Hassan dan Husin) dituruti imam-imam yang lain. Imam yang ke 12, yakni yang terakhir bernama al-Mahdi, dikatakannya tidak meninggal dunia, tetapi masuk dalam gua dan kelak akan keluar pada akhir zaman akan keluar memnuhi bumi dengan keadilan. Selain itu, iman berhak mentakwil Al-Quran menurut kehendaknya.
Menurut kajian ku dari sumber (jurnal, buku, artikel), dari penjelasan tokoh pengkaji,... Kaum pemeluk Syiah yang terbesar adalah dinegeri Iran, Afghanistan, Pakistan dan India. Mereka memuja-muja makam imam-imam mereka, terutama bila tanggal 10 Muharram mereka memperingati terbunuhnya Hussin diKarbala. Untuk pengetahuan anda, Karbala dikatakan suatu tempat yang lebih suci dari Masjidilharam/kaabah. Upacara yang mereka anjurkan adalah semata-mata ingin menagisi kematian hussin dengan memukul-mukul muka dan badan hingga seluruh badannya berdarah. Dibawah ini, contoh video yang memaparkan golongan Syiah yang mengadakan upacara tersebut:
.....................................................................................................................................
Bertahun-tahun Syiah bermaharaja lela di muka bumi..... menjadi perosak akidah yang terbesar bagi umat Islam. Musuh utama Syiah ialah golongan Ahli Sunni "Ahli Sunnah Wal jamaah", termasuk saya dan anda di luar sana. Telah berzaman-zaman tercetusnya perang saudara antara mereka. Disaat ini, Ahli Sunni ditindas, dizalimi, malah ada yang di bunuh dengan kejam. Dibawah ini, rakaman video yang memaparkan golongan Syiah membunuh golongan Sunni:
p/s: peliharlah diri... nauzubillah.... moga2, kita benar disisi agama Allah "Islam". Bersambung.......
Tiada ulasan :
Catat Ulasan