Geng Warung Pak Jabit

Isnin, 6 Jun 2011

SyiAh vs KhaWarij (Dari 1 mEnJaDi 2)

Penulisan diwaktu malam… (11.30 malam), Menganalisis mazhab syiah dan khawarij.. Pada asalnya, kedua-dua golongan ini memuliakan Ali dan mempertahankan bahawa Ali yang layak menyandang jawatan permerintah (Khalifah). Tetapi, berlaku perselisihan diantara mereka,  dan terbentuknya dua golongan yang berbeza iaitu Khawarij vs Syiah.  Sehingga, pegangan yang dianuti oleh kedua-dua golongan mempunyai perbezaan. Ringkasan di bawah:

Golongan SYIAHMereka ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan saidina Ali sebagai khalifah rasulullah. Mereka berpendapat bahawa saidina Ali sahajalah yang layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan rasulullah.

Contoh golongan Syiah imamiah, dinamakan demikian kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat islam ( imam ) hanya layak disandang oleh ahli al-bait perbezaan pegangan dengan ahli sunnah wal jamaah. Antara pegangan mereka ialah beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah seperti kenabian tetapi tidak mendapat wahyu. Oleh itu, Jawatan imam hanya layak disandang oleh dua belas imam daripada kalangan ahli al-bait mengikut urutan dan mereka juga menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh ahli al-bait serta percaya bahawa imam kedua belas mereka iaitu Muhammad Al-Mahdi Al-Qaim Bilhujjah akan muncul sebagai Imam Al-Mahdi. Seterusnya, beramal dengan taqiah iaitu menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka dan mengharuskan perkahwinan mut'ah iaitu nikah sementara waktu

....................................................................
Imam 12 yang dianuti oleh Syiah Imamiyyah
 ..................................................................
 Upacara Memperingati Hussin (Asyura)
............................................................................................
 Upacara:Asyura
........................................................................................... 

Golongan KHAWARIJ: Mereka ialah golongan penyokong saidina Ali yang berjuang menentang Muawiah tetapi tidak menerima majlis tahkim. Akibatnya, mereka belot menyokong saidina Ali kerana memprotes kesediaan saidina Ali menerima keputusan majlis tahkim yang memihak kepada Muawiyah. Pegangannya dan iktikad mereka dalam agama iaitu berpendapat bahawa pelaku dosa besar adalah kafir, mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza kepercayaan / iktikad dengan mereka dan membataskan sumber syariah hanya kepada Al-Quran sahaja.

P/S: Ilmu bukan untuk disimpan……. Sekian.

4 ulasan :

Kasut Karipap berkata...

ganas betol la gamba2 ni....aishhh...ngilu rasa~

Sukma Bintara berkata...

haahhaahahhahaha..... ni x ganas lg... ada yang potong TELINGA dan potong jari jemari krn semangat asyura punya pasal.....

NAK TGK??????????

Kasut Karipap berkata...

eeee..tak mau la..
blog ni kena letak amaran bawah 18tahun xleh masuk laaa....
kena tekan "saya atas 18thn" dulu baru leh masuk blog ni....

Sukma Bintara berkata...

hahahahahahahahah... x yah la Karipap yang sodap.. hehehehe....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...